عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ مِهْرَانَ مَوْلَى أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ مَسَاجِدُهَا وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ أَسْوَاقُهَا
Dari Abdurrahman bin Mihran, mantan budak Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Lokasi yang paling Allah cintai adalah masjid, dan Lokasi yang paling Allah benci adalah pasar." (HR Muslim No: 1076) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Masjid adalah rumah Allah untuk dikunjungi khususnya untuk melaksanakan solat berjemaah.
2. Masjid adalah tempat yang paling dicintai Allah. Tempat mengikat ukhuwah sesama Muslim.
3. Masjid menjadi tempat untuk meningkatkan iman disamping sebagai tempat pembelajaran dan pengajian Islam. Allah SWT berfirman dalam al-Quran :
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللهِ مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا الله َ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada siapapun selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Taubah : 18)
4. Ibnu Katsir menukil ucapan sahabat yang mulia, ‘Abdullah bin ‘Abbas RA, beliau berkata: “Barangsiapa yang mendengar seruan azan untuk solat (berjamaah) kemudian dia tidak menjawabnya dengan mendatangi masjid dan solat (berjamaah), maka tidak ada solat baginya dan sungguh dia telah bermaksiat (durhaka) kepada Allah dan Rasul-Nya”. Kemudian ‘Abdullah bin ‘Abbas RA membaca ayat tersebut di atas (Tafsir Ibn Katsir).
5. Tempat yang dibenci Allah ialah pasar atau pusat membeli belah yang boleh melalaikan. Kata Imam Nawawi: pasar adalah tempat kecurangan, penipuan, riba, sumpah palsu, ingkar janji, dan berpaling dari mengingat Allah, dan lain-lain yang sama dengan ini”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan