JANGAN MERASA DIRI KITA BAIK - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 7 April 2019

JANGAN MERASA DIRI KITA BAIK

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun kita solat lima waktu sehari semalam serta tepat pada waktunya.


Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun kita setiap hari bersedekah.


Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun kita sudah pakai jubah, bersorban, berhijab menutup aurat dengan sempurna.


Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun setiap hari kita melakukan dhuha, tahajjud , pergi ke masjid dan amalan sunat lain.


Jangan merasa diri kita "Baik"  walaupun setiap saat kita update status motivasi dakwah.


Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun setiap saat kita menolong orang lain.


‎فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اتّٓقٓى


"Janganlah kamu merasa paling suci kerana Allah-lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa”


(An Najm: 32)


Sitti Aisyah (ra) berkata "Siapakah orang yang buruk?" dijawab olehnya "iaitu orang yang merasa dirinya baik". Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", maka dijawab "iaitu orang yang merasa dirinya buruk".


Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Umar r.a, dia berkata: " Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: 


" Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat dan setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu."

(Riwayat al-Bukhari no. 6553 dan Muslim no. 1907)


(Riyadhus Solihin : Imam Nawawi)


Kerana itulah Janganlah kita  TENGGELAM dalam TIPUDAYA SYAITAN yang akan menghancurkan kita.


Dan senantiasalah tawaduk dalam segala Amal ibadah.

Tiada ulasan: