Apabila tujuan hidup manusia sudah terpesong.
Membuat apa sahaja bukan kerana Allah Taala lagi.
Tapi ada kepentingan diri sendiri.
Membuat kerja kerana duit, pangkat, kuasa, nama, betina dan glamour.
Sama ada dapat atau tidak dapat, side-effectnya yang negatifnya terlalu banyaknya.
Kalaupun berjaya di dalam kehidupan tapi tidak ada erti apa-apa lagi.
Bila tidak tercapai cita-cita, jiwa derita akhirnya kecewa kemuncaknya putus asa.
Jika berjaya pula, orang benci, orang hasad dengki.
Sekiranya mendapat kesusahan orang tidak peduli.
Ramai manusia yang akan berkata-kata setidak-tidaknya di dalam hati: “Padan muka!”
Kerana itu hiduplah kerana Allah.
Buatlah apa sahaja biarlah untuk Allah Taala.
Dari Allah, bagi Allah, untuk Allah.
Allah Taala adalah segala-galanya.
Buatlah kerana Allah sekalipun tidak berjaya.
Tidak berjaya kita tidak kecewa apatah lagi putus asa.
Jiwa tidak derita dan sengsara.
Kalau berjaya kita tidak megah.
Kerana kita tahu itu semua anugerah Allah, hati tidak berbunga.
Bahkan malu kepadanya, rendah diri setiap ketika.
Orang lain pun tidak benci dan marah.
Kecuali orang yang hasad dengki yang sudah parah.
11.15 malam
18 - 07 - 2001
Tiada ulasan:
Catat Ulasan