SEBAB KITA DILARANG BERCEKAK PINGGANG - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Rabu, 6 Februari 2019

SEBAB KITA DILARANG BERCEKAK PINGGANG

Mungkin ada yang akan katakan bercekak pinggang pun tak boleh? Kenapa? Peliklah, tak pernah dengar dan kita buat apa-apa, cuma cekak pinggang saja, pun tak boleh?
Apa itu bercekak pinggang? Mungkin sesetengah daripada kita tak tahu apa itu bercekak pinggang.
Bercekak pinggang adalah tindakan kita sendiri dengan meletakkan tangan kita di pinggang. Mungkin masih ramai daripada kita tidak pernah tahu apa hukum cekak pinggang ini. Dan mungkin juga ada antara kita yang tidak pernah menyangka yang bercekak pinggang ini adalah MAKRUH hukumnya.
Nampak remeh dan biasa saja tapi sebenarnya MAKRUH
SEBAB KITA DILARANG BERCEKAK PINGGANG
Secara jujurnya saya sendiri pun baru tahu, dan tak pernah tahu pun selama ini. Ingin sekali saya kongsikan informasi yang amat baik ini tentang hukum bercekak pinggang yang saya dapat daripada mendengar ceramah dari Ustaz favorite saya, tak lain tak bukan mestilah Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz.
Mengapa Kita Dilarang Cekak Pinggang?
1. Ini adalah perbuatan Iblis
Bercekak pinggang ialah perbuatan iblis ketika dia diturunkan ke dunia.
Ketika iblis diturunkan ke dunia ada dua hal yang dia lakukan iaitu bersiul dan juga bercekak pinggang. Bercekak pinggang ialah makruh kerana itu adalah perbuatan iblis laknatullah. Bercekak pinggang ini bagi kita biasa sahaja, asal nak bergaduh cekak pinggang, asal cekak pinggang je nak bergaduh.
Tak sah kalau bercekak pinggang ketika sedang marah mahu pun bergaduh, sehingga kita sendiri pun tahu kalau seseorang itu bercekak pinggang dengan muka yang agak tegang, ha confirm la tu tengah marah dan panas.
2. Kegemaran Yahudi bercekak pinggang
bercekak pinggangSEBAB KITA DILARANG BERCEKAK PINGGANG
Yang kedua bercekak pinggang itu juga adalah cara orang Yahudi. Nabi Muhammad SAW berkata orang Yahudi ni kegemarannya ialah bercekak pinggang.
3. Sifat Orang Yang Bongkak & Sombong
cekak pinggang
Yang ketiga Nabi berkata bercekak pinggang itu makruh kerana itu adalah perangai orang-orang sombong atau bongkak.
4. Cara Ahli Neraka Duduk
cekak pinggang
Yang keempat ialah cara-cara ahli neraka duduk di dalam neraka, hal ini kerana ahli-ahli neraka, mereka duduk di dalamnya dalam keadaan bercekak pinggang.
Sebab itulah Nabi melarang kita bercekak pinggang ketika sembahyang dan juga Nabi melarang walaupun saja-saja kita bercekak pinggang sewaktu berjalan dan pastinya akan dipandang orang.
Wallahu’alam.
Jadi, sekarang sedikit sebanyak kita sudah jelas mengapa kita dilarang berbuat demikian seperti yang dikongsikan saudari Asiah Kuzaiman. Semoga kita akan menjadi insan yang lebih baik dan berubah untuk kebaikan disamping mencari pahala untuk dunia dan juga akhirat.
Semoga bermanfaat kepada semua.
Sumber : mediamaklumat



Tiada ulasan: