PAHALA BERTERUSAN WALAU PUN SAKIT DAN MUSAFIR - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 9 Februari 2019

PAHALA BERTERUSAN WALAU PUN SAKIT DAN MUSAFIR

PAHALA BERTERUSAN WALAU PUN SAKIT DAN MUSAFIR


أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى وَاصْطَحَبَ هُوَ وَيَزِيدُ بْنُ أَبِي كَبْشَةَ فِي سَفَرٍ وَكَانَ يَزِيدُ يَصُومُ فَقَالَ لَهُ أَبُو بُرْدَةَ سَمِعْتُ أَبَا مُوسَى مِرَارًا يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا

Abu Burdah bin Abu Musa bahwa ia menemani Yazid bin Abu Kasyabah dalam suatu perjalanan, dan pada waktu itu Yazid sedang berpuasa. Abu Burdah berkata kepadanya; Saya berkali-kali mendengar Abu Musa berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang sakit atau bermusafir, maka dicatat baginya pahala sebagaimana ketika amalanya semasa  bermukim dan dalam keadaan sihat." (HR Ahmad No: 18848) Status: Isnad Tsiqah

Pengajaran:

1.  Laksanakan amal ibadah setiap masa khususnya ketika  kita sihat dan tidak bermusafir (bermukim).

2.  Orang yang sakit, walaupun tidak dapat mengerjakan amal soleh seperti mana ketika dia sihat, dia akan tetap mendapat ganjaran pahala jika semasa dia sihat, dia melaksanakan amal tersebut. (contohnya semasa dia sihat, setiap magrib dia ke masjid dan mendengar kuliah – waktu dia sakit, tidak dapat menghadirinya – Malaikat tetap mencatat ganjaran pahala seolah-olah dia hadir)

3.  Allah juga memberi ganjaran yang sama kepada orang yang bermusafir. Contohnya  amalan hadir majlis ilmu dan puasa sunat. Ketika dia bermusafir, dia tidak hadir majlis ilmu, tidak berpuasa sunat. Dia turut mendapat pahala seolah-olah berada dalam majlis ilmu dan berpuasa sunat.

4.  Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW  bersabda,

الْعَبْدَ إِذَا كَانَ عَلَى طَرِيقَةٍ حَسَنَةٍ مِنَ الْعِبَادَةِ ثُمَّ مَرِضَ قِيلَ لِلْمَلَكِ الْمُوَكَّلِ بِهِ اكْتُبْ لَهُ مِثْلَ عَمَلِهِ إِذَا كَانَ طَلِيقاً حَتَّى أُطْلِقَهُ أَوْ أَكْفِتَهُ إِلَىَّ

“Seorang hamba jika ia berada pada jalan yang baik dalam ibadah, kemudian ia sakit, maka dikatakan pada malaikat yang bertugas mencatat amalan, “Tulislah padanya sama seperti yang ia biasa amalkan (rutin) sampai Aku melepasnya atau sampai Aku mencabut nyawanya.” (HR. Ahmad, 2: 203. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth menyatakan bahwa hadis ini shahih, sedangkan sanad hadis ini hasan)

Marilah kita laksanakan amal soleh semasa kita sihat dan ketika kita tidak bermusafir dengan baik dan bersungguh. Moga Allah memberikan ganjaran yang sama walaupun kita tidak dapat laksanakan semasa kita sakit dan bermusafir.

Tiada ulasan: