kedaimuslims.com HUBUNGKAN USAHAWAN MUSLIM - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 12 Januari 2019

kedaimuslims.com HUBUNGKAN USAHAWAN MUSLIM

Untuk promosikan website admin kedaimuslim.com. 


Salam semua,


Kami telah membina satu portal dikenali kedaimuslims.com bertujuan menghubungkan pengguna dengan usahawan muslim seluruh Malaysia


Sehingga hari ini, terdapat hampir 1000 perniagaan telah di listed ke dalam website kami dari pelbagai kategori seperti bengkel kereta & motosikal, hardware, optometrist, farmasi, hotel & sebagainya. Kami akan terus menambah senarai ini dari hari ke hari.


Diharap semua dapat memanfaatkan portal ini untuk sama-sama kita menyokong bisnes orang Islam terutamanya di Malaysia.


Link: https://kedaimuslims.com

FB: Direktori Kedai Muslims


Dari blog kedaimuslim.

Assalamualaikum buat pembaca blog semua. Diharap kita semua dapat mengambil segala manfaat dari portal kedaimuslims.com ini.

Tetapi semestinya anda tertanya, kenapa perlu ada direktori seperti kedaimuslims.com ni? Bagi menjawap persoalan itu, kami ingin mengajak pembaca semua merenung situasi di bawah sekejap

Situasi 1: Kereta rosak

Time kereta kita buat hal, pernah ke kita runsing duk pikir mana aku nak hantar kereta pergi repair ini? Mana workshop paling dekat eh? Dan yang penting, macam mana nak tahu yang workshop ni boleh percaya ke tak?

Situasi 2: Kedai Fotostat

Nak cari kedai fotostat untuk photostat IC. Kemain susah.  Adoyaii..nak photostat IC je pun. Berpeluh pusing cari kedai.

Situasi 3: Tempat baru

Katakanlah kita baru berpindah ke kawasan baru atau outstation sekejap kat tempat yang kita tak berapa familiar. Tak ke payah nak cari kedai-kedai atau amenities dekat dengan kita. Takkan nak pusing satu town nak cari kedai hardware kan.

Situasi 4: Kedai Orang Islam

Atas kesedaran kita untuk menyokong bisnes orang Islam tapi kekadang tu, kita tak tahu mana nak cari kedai orang Islam atau tak tahu mana satu kedai orang Islam.

Sedar atau tidak, kita mungkin pernah berada dalam salah satu situasi di atas.

Selalunya, apa akan kita buat dalam situasi di atas? Tentulah kita akan search kat Google je kan. Tapi bukan selalu kita dapat jawapan nya kerana tidak semua bisnes disenaraikan di google. (walaupun kebanyakan bisnes sekarang sudah ada online presence)

KENAPA PERLU ADA?

Jika pembaca masih ingat sebelum meluasnya penggunaan internet, saya pasti setiap rumah pasti ada buku yellow pages. Itulah cara yang paling mudah dan cepat jika hendak mendapatkan maklumat seperti alamat dan no telefon sedara mara/kawan-kawan atau juga pelbagai bisnes yang turut dimuatkan dalam buku kuning yang tebal dan berat ini.

Image Source: Flickr

Direktori seperti kedaimuslims.com ini pula adalah online version untuk yellow pages untuk memudahkan pengguna mendapatkan maklumat perniagaan sekitar mereka. Sedangkan yellowpages sendiri pun kini mempunyai online directories yang boleh dilayari di sini. Kami berazam untuk mengumpulkan sebanyak mungkin bisnes atau kedai-kedai untuk di listed di website kami. Fokus kami tidak lain, hanya kepada perniagaan milik orang Islam di Malaysia

Kalau dulu, kita perlu membelek satu demi satu muka surat untuk mencari maklumat atau contact dalam buku tebal ini, sekarang tidak lagi. Semua maklumat perniagaan atau bisnes beradadihujung jari pengguna, tinggal lagi terpulang untuk  owner-owner bisnes memuat naik perniagaan mereka ke direktori (Klik siniuntuk mengetahui cara memuat naik listing perniagaan anda di kedaimuslims.com).

Kedaimuslims.com akan direct pengguna kepada kedai-kedai berdasarkan kategori dan lokasi yang dipilih. Dari situ, pengguna akan dapat membuat pilihan dari beratus-ratus kedai berhampiran mereka. Segala maklumat perniagaan seperti alamat, no telefon, email, laman social media, waktu operasi dan lain-lain dapat diperolehi dengan mudah dan tepat.

Secara kesimpulannya, dengan kewujudan portal direktori kedaimuslims.com ini diharap dapat menjadi satu platform membantu menghubungkan pengguna dengan pengusaha perniagaan muslim di seluruh Malaysia seterusnya dapat meningkatkan kuasa ekonomi umat Islam yang dilihat rendah kalau dibandingkan dengan populasi umat Islam di Malaysia.

Pengguna perlu memainkan peranan dan menggunakan kuasa pengguna sebaik mungkin untuk bersama menyokong perniagaan usahawan seIslam kita. Utamakan perniagaan Muslim.

Sekian

kedaimuslims.com adalah sebuah direktori perniagaan yang mengkhususkan kepada perniagaan milik orang Islam di Malaysia. Kami menyenaraikan pelbagai kategori bisnes seluruh Malaysia bagi membantu pengguna mencari perniagaan sekitar mereka. 


Tiada ulasan: