Ramai yang gemar melontarkan keraguan tentang kemampuan seseorang untuk berpoligami. Golongan seperti ini akan sering melihat syariat poligami sebagai terlalu ketat hingga menakut-nakutkan masyarakat dengan pelbagai status.
Golongan ini bukan hanya terdiri dari mereka yang benar-benar anti syariat poligami, malahan golongan agamawan pun turut berkongsi rasa akan payahnya mengecapi nikmat atas amalan yang murni ini. Mereka sering dan suka menonjolkan sisi-sisi gelap poligami bagi maksud memancing perhatian. Sebagai contoh, petikan ayat 129 dari Surah An-Nisa yang berbunyi "Kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil...", akan kerap dieksplotasi bagi menyampaikan maksud bahawa poligami ini begitu STRINGENT untuk dipraktik.
Mereka lupa bahawa amalan lelaki memiliki dua jiwa wanita atau lebih ini merupakan amalan ribuan tahun dahulu. Di dalam Al-Quran, perilaku Nabi Ibrahim as bersama dua isteri baginda direkodkan dengan kemas bagi kita mengambil ibrahnya. Mereka juga lupa bahawa syariat monogami juga adalah sesuatu yang amat berat pertanggungjawabannya kalau pelakunya tidak berusaha untuk memahami akan Maqasid Syariah berumahtangga. Berapa banyak pengabaian yang dapat kita lihat hasil dari kealpaan pada tanggungjawab walaupun mereka hanya melalui 'SIMPLE MARRIAGE'.
Janganlah kita tertipu dengan momokan sebegini. Hakikatnya poligami adalah ASAS RUMAHTANGGA di dalam Islam. Itu sebab ianya melata. Itulah juga sebabnya walau dihalang sekuat mana pun, amalan ini tetap berkembang biak. Ia berkembang walaupun perlaksanaan di akhir zaman ini dipenuhi dengan pelbagai fitnah yang meruncing.
Ia juga membawa maksud bahawa memang dituntut seramai mungkin MUKMIN agar berpoligami. Allah SWT tidak menyeru dua, tiga atau empat itu dengan omongan kosong dan Allah SWT juga turut mensinis mereka yang bermonogami dengan ungkapan "khiftum" (jika kamu khuatir/takut). Ini kerana terdapat begitu banyak manfaat dan kebaikan dalam amalan berpoligami.
Sudah terlalu banyak pendedahan tentang kebaikan tersebut dipaparkan pada masyarakat umum baik dari pengamal #PoligamiHarmoni mahupun kupasan-kupasan yang bersifat ilmiah. Segala kebaikan inilah yang seharusnya 'dieksplotasikan' oleh mereka yang saya sifatkan sebagai "MEMILIKI JIWA YANG TEPAT".
Jiwa yang amat mengerti akan segala selok belok mengemudi bahtera rumahtangga PoligamiHarmoni. Mereka inilah figura yang seharusnya diketengahkan. Bukannya ilmuan yang petah berhujah tetapi tidak bertindak selaku pengamal. Perilaku amalan dan tatacara poligami yang bertepatan bagi maksud mencapai keharmonian haruslah diwacanakan secara terbuka dan meluas.
Tidak ada kebimbangan atas nama "sensetiviti" yang harus dilayan jika syariat murni ini ingin diperbetulkan dari pemahaman masyarakat umum. Sesungguhnya pemahaman masyarakat sekarang sudah benar-benar terpesong dari landasan yang sebenar. Ianya tercipta hasil dari perasaan 'memandang mudah' pada syariat. Lantas berlakulah salah faham dan salah amalan yang akhirnya menjerumus pelakunya kelembah kehinaan.
Maka pada situasi akhir zaman ini, timbullah suatu keperluan untuk menunjukkan jalan sebenar tentang tatacara mencapai keharmonian tersebut. Apakah SUBSTANCE yang perlu diisi dalam kita menjalani kehidupan berpoligami haruslah dirungkaikan dengan cermat dan jelas. Segala prasyarat yang boleh menjamin terbentuknya rumahtangga
PoligamiHarmoni haruslah dipandang dengan amat serius. Jangan ada sikap TAKE FOR GRANTED, apatah lagi memandai-mandai merekacipta laluan sendiri dalam usaha menjustifikasikan 'Poligami ke Laut' yang kita lalui. Apa juga kejayaan yang ditempah, dibelakangnya pasti terdapat CRITICAL FACTORS yang harus dikaji. Begitulah juga dengan PoligamiHarmoni, pasti terdapat CRITICAL FACTORS yang kita semua harus berani menghadapi kenyataannya. Janganlah lagi kita hidup dalam alam penafian (DENIAL) atas isu yang sememangnya tidak mungkin dapat kita halang kemaraannya lagi.
Wallahua'lam
#HishamNamat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan