Pernah tak dalam kehidupan antum, sibuk dengan urusan dunia, tidak sempat untuk bersedekah, tidak sempat untuk membaca al-Qur’an, tidak sempat hendak berzikir dan kebaikan-kebaikan yang ada disekeliling anda. Dalam kesibukan itu, kebaikan itu sendiri datang kepada anda.
Contoh situasi selalunya di kedai-kedai makan atau restoran-restoran, yang mana ketika anda sedang makan atau sedang mengambil pesanan makanan atau lain-lain, datang mereka yang meminta derma. Nampak tak, dalam kesibukan antum dengan kemewahan dunia yang bakal musnah, Allah Ta’ala datangkan sendiri kebaikan kepada antum.
Waktu sesingkat itu, mesti antum berfikir; ‘ini pasti ada sindiket, buang duit aku sahaja kalau bagi!’ Tidak sama sekali tuan-tuan. Kerana Allah sudah menjanjikan kepada mereka yang berinfaq atau dengan erti kata lain bersedekah akan mendapat ganjaran yang lumayan. Apa kata Al-Qur’an? Qur’an surah kedua; al-Baqarah ayat dua ratus enam puluh satu, juzuk yang ketiga halaman empat puluh empat;
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
“Bandingan (derma/sedekah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menumbuhkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
Masya Allah! Antum sedekah seringgit sahaja sudah dilipatkali gandakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Perbendaharaan Allah Azza wa Jalla sama sekali tidak pernah akan habis, walaupun ada seterillion makhluk-makhluk dilangit dan dimuka bumi ini yang meminta rezeki kepada-Nya, tidak mengurangi sedikitpun kekayaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Masalah kena tipu itu, orang tersebut dengan Allah. Tuan-tuan yang beri sedekah dapat dua pahala, satu pahala sedekah dan satu lagi pahala kena tipu.
Justeru, Rasulullah ﷺ telah memberikan galakkan kepada kita;
مَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
“Barang siapa yang memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan/kepayahan, maka Allah akan memberikan kemudahan (pada dia) di dunia dan akhirat.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan