4 KETENANGAN YANG DICARI - Islam Is Great

Islam Information

Ahad, 2 Disember 2018

4 KETENANGAN YANG DICARI


4 KETENANGAN YANG DICARI
Kata Imam Malik manusia jadi tenang dan hebat bila ada 4 benda ini :

1. Kenderaan yang pantas
2. Rumah yang lapang
3. Pakaian yang cantik
4. Lampu yang terang

Maka, ada orang bertanya kepada Imam Malik, apakah yang dimaksudkan kenderaan yang pantas? 

Maka Imam Malik menjawab *KENDERAAN YANG PANTAS bermaksud AKAL YANG BIJAK*.

Ada orang bertanya lagi, apa yang dimaksudkan rumah yang lapang?

Maka Imam Malik menjawab *RUMAH YANG LAPANG maknanya KESABARAN YANG TINGGI*.

Kata Imam Malik lagi, *PAKAIAN YANG CANTIK bermaksud AKHLAK YANG BAIK.*

Akhirnya, *LAMPU YANG TERANG kata Imam Malik maknanya ILMU YANG MENERANGI.*

Nota kaki:
Amat bergunalah 4 perkara di atas dalam perjalanan *kehidupan* kita

Tiada ulasan: