Perbezaan antara Syaitan, Iblis dan Jin - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 6 November 2018

Perbezaan antara Syaitan, Iblis dan Jin

Perbezaan antara Syaitan, Iblis dan Jin


Ramai yang masih keliru antara syaitan,jin dan iblis.Jadi kami terpanggil untuk berkongsi kefahaman umum kepada orang awam.Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca.

#Syaitan

Syaitan terbahagi kepada dua jenis makhluk.Pertama syaitan manusia,kedua syaitan dari kalangan jin.

Allah berfirman:
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu(manusia)." [Al-An'am: 112].

Syaitan merupakan suatu sifat tercela yang membelakangi kehendak Allah dan RasulNya.

Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar mengatakan,

الشيطان في لغة العرب يطلق على كل عاد متمرد

“Syaitan dalam bahasa Arab digunakan untuk menyebut setiap makhluk yang menentang dan membangkang.” (Alamul Jinni was Syayathin, Hal. 16).

#Iblis

Iblis adalah makhluk jin terawal yang tidak mahu bersujud kepada nabi Adam a.s.Iblis merupakan suatu #nama #khusus terhadap jin yang diceritkan didalam al-Quran yang telah kafir kerana membelakangi ketetapan Allah.

Allah berfirman :

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ

“Ingatlah ketika Kami berkata kepada para malaikat, ‘Sujudlah kalian kepada Adam!’ maka mereka semua-pun sujud kecuali Iblis. Dia dari golongan jin dan membangkang dari perintah Allah.” [QS. Al-Kahfi: 50]

Oleh kerana Iblis telah membelakangi Allah,maka termasuklah Iblis dalam kategori syaitan.

#Jin

Jin adalah makhluk ciptaan Allah yang dijadikan dari api sedangkan manusia makhluk ciptaan Allah yang dijadikan dari tanah.

Allah swt berfirman :
"Dan ia telah menciptakan jin dari lidah api Yang menjulang-julang"  [Surah ar-Rahman :15]

Adakah semua jin adalah syaitan?

Bukan semua bangsa jin adalah syaitan.Terdapat sebahagian dari bangsa jin yang beriman kepada Allah dan rasulNya.Dalilnya didalam surah al-Jin menceritakan sekumpulan bangsa jin yang datang menemui rasulullah s.a.w dan masuk Islam.

ps- page Rawatan Islam pulau pinang

Tiada ulasan: