UJIAN ATAU MUSIBAH - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Jumaat, 5 Oktober 2018

UJIAN ATAU MUSIBAH


Sama ada ia ujian ataupun musibah, ia tetap menuju kepada tujuan yang sama. Iaitu mental, emosi, jiwa mahupun anggota zahir dalam keadaan sempit, lelah mahupun sakit. Ini adalah sunnatullah yang telah ditetapkan bagi setiap manusia oleh Allah bahkan tidak ada satu manusia pun yang akan terlepas dari mengalaminya.

.

Bagi orang yang tidak beriman, tidak ada pergantungan yang kukuh yang mereka boleh harapkan bahkan makhluk dan sembahan sembahan yang mereka percayai sedikit pun tidak mampu untuk menolak dan menghapuskan sesuatu ketetapan Allah. Lalu ujian ataupun musibah ini menjadikan mereka terus terhimpit dan sengsara.

.

Tetapi bagi orang yang beriman, apa yang penting dalam menghadapi ujian ataupun musibah ini adalah kesabaran yang tinggi. Sabar ketika berusaha keluar dari kemelut yang melanda. Sabar dalam menahan diri agar tidak menyalahkan takdir. Sabar dalam memohon doa kepada Allah dan juga bersabar agar tidak terjerumus kepada perkara perkara yang dilarang di dalam agama.

.

Teringat kata kata Nabi SAW yang bermaksud; "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan, Allah berinya musibah" [HR Bukhari] 

.

Maka, dalam ujian ataupun musibah yang melanda kita, ketahuilah adanya kebaikan yang Allah ingin berikan. Boleh jadi Allah akan menghapuskan dosa dosa lalu yang pernah kita lakukan. Boleh jadi juga Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan kita atau boleh jadi Allah akan menaikkan darjat kita disisiNya lebih tinggi. Atau boleh jadi juga Allah akan berikan kesemuanya sekali kepada kita. 

.

Oleh kerana itu bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah ketika berhadapan dengan ujian ataupun musibah. Wallahu'alam.

.

#AkhiAdifGorment

Tiada ulasan: