SOLAT JUMAAT DAN KHUTBAH YANG BAIK SERTA PENDEK - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Jumaat, 5 Oktober 2018

SOLAT JUMAAT DAN KHUTBAH YANG BAIK SERTA PENDEK


عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ كُنْتُ أُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَوَاتِ فَكَانَتْ صَلَاتُهُ قَصْدًا وَخُطْبَتُهُ قَصْدًا


Daripada Jabir bin Samurah ia berkata; "Kami telah beberapa kali solat (Jumaat) bersama Rasulullah SAW, maka solat dan khutbah beliau adalah pertengahan (tidak terlalu panjang dan tidak pula terlalu pendek)." (HR  Muslim No:1434) Status: Hadis Sahih

 

Pengajaran:

 

1.  Cara melaksanakan sembahyang jumaat mempunyai peraturan yang tertentu yang boleh dipatuhi oleh imam dan makmum sekalian.


2.  Disunatkan memanjangkan sembahyang dan memendekkan khutbah kerana khutbah yang pendek tidak menjemukan orang ramai. Sebaik-baik ucapan adalah yang pendek dan memberi faham.


3.  Maksud khutbah pendek ialah isinya yang ringkas, padat, terang dan bernas serta mudah difahami oleh jemaah dan sembahyang yang panjang berbanding dengan khutbah.


4.  Sebaik-baiknya khutbah ialah yang bersesuaian dengan masa, tempat dan keadaan supaya nasihat yang diberikan di dalam khutbah itu benar-benar memberi kesan kepada jemaah.

Tiada ulasan: