REZEKI ALLAH TIADA PENGHUJUNG - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 2 Oktober 2018

REZEKI ALLAH TIADA PENGHUJUNG

Allah Maha Kuasa Dan Maha Mengetahui.. Rezeki itulah yang sering kita mahukan.. Berdoa agar dipermudahkan mendapat rezeki dan biasanya bentuk rezeki yang kita mahukan ialah uang. 


Tapi rezeki datang pelbagai bentuk samada mempunyai keluarga yang sihat, ibu bapa yang sihat, sanak saudara yang memahami dan pelbagai lagi. Itulah rezeki untuk aku.


Kadangkala Allah memberi rezeki yang tidak dijangka. Pernah tak kamu alaminya. Tidak semena- mena kamu keadaan pening sangat sebab kewangan yang teruk secara tiba- tiba kamu mendapat rezeki yang tidak dijangka. Itu bukan kerana kamu bernasib baik tetapi atas berkatNya..amin.


Kereta kamu rosak tapi ia rosak pada waktu gaji. Itulah rezeki kerana kamu mampu membaiki kerosakan kereta kamu pada waktu gaji..amin.


Dan aku menulis disini kerana terasa amat rendah diri dengan segala rezeki yang Allah berikan. Samada dari segi kerjaya yang baik dan baru- baru ini dilapangkan masalah kewangan aku.


Terasa amat rendah hati kerana aku secara jujur...ahhh payah nak tulis. Rezeki yang aku perolehi ini adalah doa dari orang- orang yang sayangi aku. Aku bertuah ibuku masih hidup dan sentiasa mendoakan aku...aku bertuah kerana isteriku sentiasa mendoakan kesejahteraan aku. Aku bertuah kerana ibu mentuaku sentiasa mendoakan aku agar dilapangkan rezeki. Aku bertuah kerana disayangi oleh mereka dan sentiasa didoakan yang terbaik.


Doa dari ibu samada ibu kita atau ibu mentua amat berkat. Doa dari isteri yang tiada belah bagi adalah kurniaan bagiku.  


Rezeki Allah tiada penghujung dan aku amat yakin. Sentiasa berdoa dan mohon keredhaanNya. Hormati orang tuamu dan anda akan terima madunya. 


Dan aku bersyukur kerana segala kesusahan aku alami selalu dipermudahkan..amin.


Aku menulis bukan kerana riak, tapi rasa tak layak kerana aku bukanlah muslim yang terbaik. Namun segala perancangan Allah ini adalah tanda kepada ku dan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan ada sebabnya..


Kadangkala aku menangis melihat segala masalah aku dipermudahkan. Tapi apa yang berikan sebagai muslim yang baik...

Tiada ulasan: