ZIARAH KERANA MENCINTAI - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 9 September 2018

ZIARAH KERANA MENCINTAI

ZIARAH KERANA MENCINTAI
Ziarah Kerana Mencintai
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ عَلَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ أَيْنَ تُرِيدُ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا قَالَ لَا غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, "Pada suatu ketika ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di kampung lain. Kemudian Allah pun mengutus malaikat untuk menemui orang tersebut. Ketika orang tersebut berada dipertengahan perjalanan yang dituju, maka malaikat tersebut bertanya; 'Hendak pergi ke mana kamu?' Orang itu menjawab; 'Saya ingin menjenguk saudara saya yang berada di perkampungan lain.' Malaikat itu terus bertanya kepadanya; 'Apakah kamu mempunyai satu perkara yang menguntungkan dengannya? ' Laki-laki itu menjawab; 'Tidak, saya hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.' Akhirnya malaikat itu berkata; 'Sesungguhnya aku ini adalah malaikat utusan yang diutus untuk memberitahu kepadamu bahawasanya Allah akan sentiasa mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah.' (HR Muslim No: 4656) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1.  Antara tanda mengasihi sahabat mahupun saudara kita ialah berusaha menziarahi mereka dengan ikhlas
2.  Allah sentiasa mencintai kepada orang yang mencintai dan mengasihi saudaranya kerana Allah
3.  Ziarah dan kunjungi saudara mara dan sahabat handai semata-mata kerana Allah adalah untuk mengeratkan silaturahim dan ukhuwah.
4.  Marilah kita saling mengunjungi  sanak saudara dan sahabat handai ketika kita masih sihat dan diberi kelapangan. Carilah ruang masa untuk saling menziarahi sebagai tanda kita mengasihi mereka.
5.  Moga kecintaan dan kasih sayang kita kepada kerabat dan sahabat handai akan menjadikan kita dikasihi dan dirahmati Allah.
Jom bersifat rahmah untuk saling menziarahi. Ambillah kesempatan waktu cuti ini untuk merapatkan ukhuwah.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
09hb September 2018
28hb Zulhijjah 1439

Tiada ulasan: