عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ
Dari Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Seutama-utama puasa setelah Ramadan ialah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam, dan seutama-utama solat sesudah solat Fardu, ialah solat malam." (HR Muslim No: 1982) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Bulan Muharam adalah salah satu bulan haram yang dianjurkan Rasulullah SAW untuk banyak melakukan puasa sunat di dalamnya.
2. Bulan Muharam disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam.
3. Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 (Tasuua’a) dan ke-10 (Asyura’).
4. Solat sunat yang utama selepas solat fardu ialah solat sunat malam (qiamullail).
Rebutlah peluang kedatangan bulan Muharam untuk melakukan banyak puasa sunat khususnya pada 9hb dan 10hb Muharam (19hb Sept hari Rabu dan 20hb Sept hari Khamis) di samping memperbanyak solat malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan