Menjawab terhadap Hukuman Sebat Syar’i
1. Pelaksanaan hukuman sebat syariah yang pertama di Negeri Terengganu telah dilaksanakan pada 3 September 2018. Hukuman sebat sebanyak enam kali sebatan dikenakan terhadap pesalah yang telah disabitkan oleh Mahkamah Syariah Negeri Terengganu kerana cubaan melakukan perbuatan Musahaqah.

2. Musahaqah - Suatu perbuatan untuk memuaskan nafsu seks di antara perempuan dengan perempuan dengan cara menggeselkan faraj kedua-duanya sehingga mendatangkan keberahian dan kelazatan.
3. Menurut undang-undang Islam, musahaqah adalah tertakluk di bawah undang-undang takzir.
4. Negeri Terengganu pula memperuntukkan hukuman takzir sebagaimana Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.
Seksyen 30:
Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah (persetubuhan diantara perempuan dengan perempuan) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.”
Seksyen 59. Percubaan.
(1) Mana-mana orang yang cuba-
(a) melakukan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubung dengan Hukum Syarak; atau
(b) menyebabkan kesalahan itu dilakukan, dan dalam percubaan itu melakukan apa-apa perbuatan ke arah pelakuan kesalahan itu hendaklah, jika tiada peruntukan nyata dibuat oleh Enakmen ini atau undang-undang bertulis lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi hukuman percubaan itu, dihukum dengan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

5. Hukuman sebat syariah ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri berdasarkan kepada Perkara 1, Senarai II, Jadual ke Sembilan Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan:
Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat Melayu.

6. Hukuman takzir adalah salah satu kewajipan dari Allah SWT terhadap pemerintah untuk dilaksanakan. Takzir dari sudut bahasa bermaksud penolakan, pencegahan dan pertolongan. Allah SWT berfirman:
Ùˆَ تُعَزِّرُوهُ ÙˆَتُÙˆَÙ‚ِّرُوهُ
Yang bermaksud: “Dan menguatkan (agama-Nya) dan membesarkan-Nya.”

7. Dari sudut istilah, takzir ialah suatu hukuman dari Allah SWT yang hukumannya adalah tertakluk kepada budi bicara hakim dan pemerintah Islam. Hukuman yang dijatuhkan terhadap pesalah jenayah syariah adalah atas dasar maslahah dan keperluan.
8. Maslahah buat diri pesalah dan juga maslahah buat umat. Maslahah buat diri pesalah ialah dengan hukuman tersebut diharapkan dapat membantu menyedarkan pesalah serta menghindarkannya dari berterusan melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Manakala maslahah buat umat iaitu dengan hukuman sedemikian akan mampu mendidik masyarakat serta memberikan pengajaran agar tidak ada yang cuba-cuba untuk melakukan kesalahan yang sama, atau orang yang sedang melakukannya akan berwaspada dan seterusnya akan meninggalkan kesalahan yang dilakukannya.
9. Hukum melaksanakan takzir adalah wajib dan menolaknya boleh menyebabkan seseorang itu tergelincir akidahnya.
10. Beberapa pihak yang cuba mengganggu serta mencampuri urusan agama di negeri-negeri adalah suatu cubaan mencampuri urusan agama dan membuktikan cubaan mereka dalam menolak Perlembagaan Persekutuan. Bukan sekadar itu sahaja, mereka juga secara tidak langsung telah menolak perkenan Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan yang telah memperkenankan pelaksanaan enakmen Syariah di negeri-negeri sehingga termaktubnya Enakmen ini di negeri-negeri yang menggazetkannya.
11. Justeru, adalah suatu kejanggalan apabila pihak-pihak yang cuba memainkan isu-isu seperti moral, hak asasi manusia dan sebagainya. Sedangkan mereka secara jelas telah cuba mempersoalkan bidang kuasa negeri yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
12. Usaha memartabatkan Undang-undang Islam seharusnya didokong oleh para penganut Islam, sama ada rakyat mahupun pemimpin. Usaha-usaha murni ini bukan sahaja menatijahkan kemaslahatan buat umat di dunia, bahkan menjamin keselamatan umat Islam di akhirat kelak.
13. Cubaan untuk mempertikaikan pelaksanaan undang-undang ini adalah satu usaha yang jelek dan tidak bermoral, apatah lagi mereka yang cuba mempolitikkan isu ini. Seharusnya mereka sedar bahawa kedudukan Islam adalah lebih tinggi dari politik dan memartabatkan Islam adalah menjadi suatu tanggungjawab setiap Muslim.
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Pengasas Maahad Tahfiz An Nabawi (MATAN)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan