Pengetua sebuah pusat tahfiz yang dipercayai meliwat dan mencabul sembilan pelajar lelakinya di Kepong di sini, sudah didakwa dengan 11 pertuduhan di Mahkamah Seksyen Putrajaya, Rabu lalu.
Seorang guru agama, yang merupakan pengetua sebuah pusat tahfiz di Kepong, ditahan polis kerana dipercayai meliwat sembilan pelajar pusat tahfiz berkenaan.
Beliau berkata perbuatan terkutuk pengetua tahfiz itu melibatkan pelajar berusia antara lingkungan 11 hingga 16 tahun.Isu sekolah tahfiz ini tiada penghujungnya, dahulu kes keselamatan sekolah tahfiz yang telah membunuh pelajar tahfiz disebabkan tiada selenggaraan kecoh. Pelbagai komen dan tindakan kononnya akan diambil tetapi apabila berlakukes terbaru ini. Kali ini lain pula iaitu kes meliwat oleh pengetua sekolah, seolah masalah sekolah tahfiz ini tiada penghujungnya.
Masalah demi masalah sekolah tahfiz ini akan menyebabkan demam "islamfobia" akan kembang menyubur kembali. Bagaimana sebuah sekolah agama yang kononnya membentuk sahsiah invidu yang baik, tidak mempedulikan soal keselamatan dan sikap tenaga pengajar yang kononnya kuat agama tetapi seorang peliwat.
Walau pun ini isu yang terpencil tetapi isu terpencil ini sudah menjadi viral dan secara automatik tokoh agama yang lain akan mendapat tempiasnya. Mereka akan dianggap memakai topeng syaitan dan mengaburi mata masyarakat dengan ilmu agama mereka. Padahal ada sesetengah tokoh agama berjuang atas nama islam.
Belum lagi sikap skeptikal masyarakat nanti memandang rendah sekolah agama tahfiz ini nanti. Pelajar tahfiz yang sepatutnya dipandang tinggi kerana ilmu agamanya akan di cemuh oleh masyarakat sekeliling. Mereka akan melihat invidu tahfiz ini sebagai tiada masa depan, konsevatif dan berbahaya pada masyarakat. Mereka juga akan melihat sekolah tahfiz ini sebagai pusat membasuh minda anak-anak menjadi agamawan ortodok dan perjuangkan islam secara membabi buta dan berpotensi menjadi pengganas.
Belum pandangan masyarakat melihat ahli tahfiz ini kuat seks dan potensi sebagai perogol dan peliwat. Apatah jika cikgu agama tahfiz itu rata-ratanya kahwin melebihi dua orang isteri, maka lagi dalam dan kuat kecaman terhadap sikap seksual guru tahfiz ini.
Masalah sebenarnya ialah sikap ibu bapa di Malaysia ialah sembrono menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz tanpa merujuk kepada Jabtan Agama Islam. Untuk melihat adakah sekolah tahfiz yang mereka hantar itu berdaftar dengan JAKIM. ( Sila rujuk laman Jakim)
Kesilapan dalam memilih sekolah tahfiz yang betul menyebabkan anak mereka tidak terurus dan menjadi pekerja sambilan jual ubat di jalan-jalan raya atau kedai makan. Kalau nasib tak baik anak mereka di jadikan mangsa kepuasan seks seperti yang berlaku pada sekolah tahfiz yang tak berdaftar ini. Dalam kes ini mak bapa mereka yang bodoh bangat!!
Kes terbaru liwat ini, sekolah tersebut tidak berdaftar dengan JAKIM dan juga tenaga pengajar merupakan pelajar senior sahaja. Keran aguru yang bertugas semuanya berhenti kerja kerana sekolah ini tiada kemampuan untuk beroperasi. Mungkin pengetua sekolah tahfiz ini dalam keadaan stress dan lupa nak berdoa maka syaitan pun rasuk dia maka dia pun liwat pelajarnya.hehehe ( Baca Utusan Malaysia)
Untuk aku sekolah tahfiz ini amat penting kerana sekolah tahfiz ini menyumbang kepada kelahiran para hafiz yang kemudian mereka menjadi imam-imam di masjid. Malah kepakaran mereka sedikit sebanyak akan menyuburkan dan mengukuhkan institusi islam Malaysia. Kita tak nak orang islam yang islam pada nama sahaja.
Inilah dugaan akhir zaman dimana ahli ugamawan akan banyak menyimpang dari norma-norma moral...Dan buktinya terserlah seorang pengetua tahfiz liwat pelajar. Tak masuk akal kalau nak fikirkan...huhuhu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan