JIN PAKAI SERBAN DAN KEROSAKAN AQIDAH SEBAHAGIAN PENDAKWA SUFI. - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Rabu, 22 Ogos 2018

JIN PAKAI SERBAN DAN KEROSAKAN AQIDAH SEBAHAGIAN PENDAKWA SUFI.

JIN PAKAI SERBAN DAN KEROSAKAN AQIDAH SEBAHAGIAN PENDAKWA SUFI.

Antara retak pertama yang membawa kepada rosaknya aqidah sebahagian pendakwa sufi adalah percaya kepada dakwaan-dakwaan yang tidak bertanggungjawab bahawa ada sebahagian manusia diberitahu melalui ilmu “ladunni” akan nama-nama malaikat yang tidak terdapat di dalam Al-Quran mahupun As-Sunnah dan malaikat-malaikat ini pula boleh diseru untuk melakukan “kebaikan” kepada penyeru.

Pernah dengar Muhathatil, Tahtahaayil, Syamharush dan sebagainya? Tiada bukti langsung bahawa ini semua adalah nama-nama malaikat, ini perkara ghaib dan berkaitan aqidah, wajib ada dalil, kalau tiada maka ia adalah dakwaan yang merbahaya.

Sebaliknya, tanda-tandanya jelas menunjukkan bahawa ini adalah nama-nama jin yang mengaku malaikat walaupun kadang dia datang dengan jubah dan “cahaya”(Jin pun nak glamour jugak), fikir-fikirkan, kalau dia datang dengan tanduk atau dengan nama macam Gorgoroth, Ba’aluz Zubaab, Barongan, Demogorgon bagai... maka sangat kurang lah yang akan ikut, walaupun akan ada yang ikut, khususnya yang telah “menyaksikan” bahawa semua adalah Satu. Ada juga pendakwa sufi yang lebih gentleman dan mengaku terang-terang bahawa yang mereka seru itu adalah jin.

Namun, jin yang soleh dan malaikat akan membantu orang-orang soleh tanpa perlu diseru dan tanpa perlu mengzahirkan diri mereka. “Malaikat” yang minta diseru dan minta macam-macam syarat, macam-macam jenis puasa, tak boleh makan tu tak boleh makan ni (walaupun halal), minta lukis rajah dan nombor, mereka ini sebenarnya minta kena lempang.

Sayangnya amalan-amalan ini masih diamalkan oleh banyak pendakwa sufi, masih ada dalam buku-buku mereka.

Disini letak bahayanya :

Bila sudah diseru, maka mulalah si “dia” akan berdamping, bila perdampingan sudah berlaku, perkara pertama yang diserangnya adalah Aqidah, mulalah menghina aqal, menperlekeh pegangan majoriti ulama, mulalah mengzahirkan “karamat” (hakikatnya bantaun jin), mulalah merapu dengan ramalan-ramalan, mulalah mengaku dapat ilmu rahsia berkenaan aqidah yang bertentangan dengan pegangan majoriti ulama, mula sibuk dengan syair dan sajak tetapi jauh daripada Al-Quran, mulalah keluar kata-kata berkias yang kedengaran indah oleh golongan juhalaa’ tetapi hakikatnya hitam dan berbau hancing bagi yang faham. Hujungnya adalah terkeluar terus daripada Aqidah Ahl Sunnah Wal Jamaah.

Namun bila ditegur akan dituduh “belum sampai maqam/ belum rasa/belum saksi” atau dengki atau “Itu hanya interpretasi anda” dan sebagainya.

Kalau kenal mereka, tegur, kalau degil juga, tentang. Jangan terpengaruh dengan keindahan, sebaliknya tumpukan perhatian kepada kebenaran dahulu. Kebenaran yang tidak indah itu lebih baik daripada kebatilan yang berhias.

Tiada ulasan: