JANGAN INGAT KITA ADA KELULUSAN TINGGI KITA DAH PANDAI - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 25 Ogos 2018

JANGAN INGAT KITA ADA KELULUSAN TINGGI KITA DAH PANDAI

JANGAN INGAT KITA ADA KELULUSAN TINGGI KITA DAH PANDAI


 Satu hari, seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan. 

Di tengah-tengah sungai, profesor bertanya, "Kau pandai menulis dan membaca?" "Tidak. Saya buta huruf," jawab pengayuh sampan. "Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup."

 Tidak lama selepas itu, profesor bertanya lagi, "Kamu ada membuat simpanan di bank?" "Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan." "Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti." Sampan terus bergerak. T

Tiba-tiba Langit jadi hitam pekat dan petir menyambong........Hujan pun turun dengan Lebatnya. Air masuk dengan banyaknya ke dalam sampan dan hampir tenggelam.


Si pengayuh sampan bertanya kepada profesor, "Tuan, adakah tuan pandai berenang?" "Er, err... saya tidak tahu," jawab profesor panik. "Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!" *

Pengajaran :* Tuhan tidak mencipta manusia dengan *kebodohan.* Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan *kebijaksanaan yang berbeza.* Kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu .

Jangan rasa diri kita hebat dan memandang rendah pada orang lain yang tidak setaraf dgn kita. Tuhan menciptakan setiap manusia dengan kebolehan masing- masing yang tersendiri.. *KONGSI ILMU*...

Tiada ulasan: