Puak liberalis dan sekularis telah heboh menyebarkan propaganda yang nampak Islamik.
Berikut pelbagai Propaganda Liberal dan jawapan kpd agenda sesat tersebut:
*1. SOLAT*
“Buat apa solat kalau riak tidak ikhlas, kerana tidak diterima Allah. Lebih baik bersihkan hati dulu, nanti kalau sudah ikhlas tidak riak, baru solat.
Tumpuan :
Kalimat ini bertujuan untuk membolehkan meninggalkan solat dengan “dalih” membersihkan hati dulu.
JAWAB :
Wajib solat walau masih riak belum ikhlas, kerana solat adalah tiang agama Islam. Setiap muslim, ikhlas ataupun riak, rela atau pun terpaksa, tetap wajib solat.
Solat adalah pencegah dari segala perbuatan keji & munkar, termasuk riak, sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Ankabut ayat 45.
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al-Kitab (Al-Qur'an) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain. Dan Allah mengetahui apa yang kalian kerjakan.”
Solat adalah penawar yang boleh menyembuhkan dan menghilangkan penyakit hati seperti riak dan ujub.
Bagaimana penyakit hati boleh sembuh tanpa mendirikan solat!!!????
Bolehlah diandaikan orang yg rajin solat tiada yg riak.
*2. BERTUDUNG*
“Lebih baik tidak pakai tudung, tapi hatinya baik, daripada pakai tudung tapi hatinya busuk."
Dan kalimat bodoh ini, "Lebih baik tudungkan (jaga) hati dulu supaya baik. Baru memakai tudung kemudian."
Penumpuan:
Kata2 ini bertujuan untuk membolehkan tidak bertudung dengan “dalih” yang penting hatinya baik.
Jawapan:
Bertudung & berpurdah adalah kewajipan Islam, baik si pemakai berhati baik maupun tidak, maka tudung tetap wajib dipakai oleh wanita Islam sesuai dengan ketentuan syariat, sebagaimana firman Allah swt:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Ahzab : 59).
Tudung & purdah juga merupakan ubat hati yang akan ikut merangsang penyembuhan penyakit hati, sekaligus identiti wanita muslimah yang jadi penghalang dari segala gangguan.
Kerananya, lebih baik memakai tudung dan berhati baik, daripada berhati baik tanpa tudung, apalagi berhati busuk tanpa tudung.
*3. KEPEMIMPINAN*
“Lebih baik pemimpin kafir asal jujur, adil, baik, cerdas dan bekerja keras, daripada pemimpin Islam yang khianat, jahat, bodoh dan pemalas.”
Dan kalimat lancang ini, "Lebih baik memilih pemimpin Islam yg 'kurang' Islamik."
Tumpuan :
Kata2 ini bertujuan untuk membolehkan orang Kafir memimpin umat Islam di kawasan majoriti Islam.
Dan mentiadakan pemimpin Islam.
Jawapan :
Berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah serta Al-Ijma’ bahawasanya orang kafir *haram* memimpin umat Islam di negeri Islam atau di kawasan majoriti Islam.
Kepemimpinan dalam pandangan Al-Qur’an bukan hanya sekadar ikatan antara pemimpin dengan rakyatnya, tetapi merupakan ikatan perjanjian antara dia dengan Allah swt, sebagaimana termaktub dalam firmanNya :
وَ إِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيْمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّيْ جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَ مِنْ ذُرِّيَّتِيْ قَالَ لاَ يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِيْن
“Dan (ingatlah) tatkala telah diuji Ibrahim oleh TuhanNya dengan beberapa kalimat, maka telah dipenuhinya semuanya.
Diapun berfirman : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan engkau Imam bagi manusia.
Dia berkata : Dan juga dari antara anak-cucuku.
Berfirman Dia : Tidaklah akan mencapai perjanjianKu itu kepada orang-orang yang zalim.”
(Al-Baqarah : 2).
Oleh kerana itu, lebih baik pemimpin Islam yang jujur, adil, baik, cerdas dan banyak berbakti, daripada pemimpin kafir yang jujur, adil, baik, cerdas dan berbakti, apalagi pemimpin kafir yang jahat.
*4. POLITIK*
“Islam itu suci dan ulama itu mulia, sedang politik kotor.
Oleh sebab itu, jangan bawa Islam dan ulama ke dalam politik.”
Dan kata2 sumbang, "Islam Yes, Politik No." Serta kata2 bodoh, "Islam Yes, demokrasi No."
Tumpuan:
Kata2 ini bertujuan untuk memisahkan Islam dan ulama dari politik agar orang politik durjana bebas dan berleluasa memerintah negara dan bangsa sesuai nafsu serakah mereka.
Jawapan :
Islam itu suci dan ulama itu mulia, sedangkan politik (سياسي) itu penting untuk urus tadbir negara dan bangsa.
Oleh sebab itu, hanya Islam yang suci dan ulama mulia yang boleh masuk ke dalam politik agar tidak dicemari oleh politik jahat.
Oleh sebab itu, Islam menjadikan kekhilafahan menjadi salah satu Bab penting dalam Fiqih Islam.
Dan Rasulullah sae bersama Khulafa' Rasyidin ra, telah melaksanakan politik Islam yang betul lagi bersih untuk menjadi suri tauladan bagi seluruh umat Islam.
*5. TATHBIQ SYARIAH*
“Syariat Islam adalah aturan hukum yang baik, ketika diterapkan di zaman Generasi Terbaik 'generasi sahabat', maka hasilnya baik.
Sedangkan zaman sekarang generasi umat Islam sangat lemah dan tidak baik, sehingga tidak mampu menjalankan syariah yang begitu sempurna.
Oleh sebab itu, umat Islam ketiks ini jangan sibuk dengan perjuangan Tathbiq Syariah (penerapan syariah) dulu, tapi tumpuan kepada perbaiki diri sendiri dahulu.”
Penumpuan:
Kata2 ini bertujuan agar umat Islam tidak lagi menperjuangkan Tathbiq Syariah dengan 'alasan' memperbaiki diri dahulu.
Jawapan:
Syariat Islam adalah aturan hukum yang baik dan selalu dilaksanakan oleh sahabat, sehingga menjadi Generasi Terbaik.
Nah, generasi sekarang yang lemah dan kurang baik, lantaran kerana tidak melaksanakan Syariat Islam dengan baik.
Oleh sebab itu, generasi sekarang wajib mencontohi para sahabat dalam melaksanakan Syariah yang begitu sempurna, sehingga boleh menjadi generasi yang baik juga.
Ingat: Dahulu sebelum sahabat masuk Islam merupakan Generasi Jahiliah yang buruk perangai, masuk Islam dan melaksanakan Syariah Islam, sehingga menjadi Generasi Terbaik sebagaimana dipuji oleh Allah swt dalam firmanNya :
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ ءَامَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
“Kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”
(Ali-Imran : 110).
Kesimpulannya, siapa yang ingin menjadi Generasi Terbaik, maka wajib perjuangkan Tathbiq Syariah, kerana syariahlah yang mampu mengubah sikap & perangai individu dan masyarakat menjadi Generasi Terbaik.
Sila forward@share sebanyak mungkin. Semoga menjadi taman amal jariah bagi kita.
Aamiin
_"Sesiapa memberi petunjuk pada kebaikan, maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengikuti ajakannya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun juga.”_
[HR. Muslim]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan