Hari ini saya mendapat khabar yang sangat mengejutkan mengenai kematian seorang ahbab dakwah dikenali dengan Abg Bad (nama sebenar Badrul Munir) yang sangat cinta kepada ulamak dan madrasah sehingga dia juga dicintai penduduk langit dan bumi ...
Pemergiannya sangat indah !
1. Meninggal di dalam Masjid Nabawi
2. Betul-betul tepat di hadapan maqam Rasulullah SAW
3. Sedang berpuasa
4. Sedang mengerjakan ibadah umrah
5. Pada malam Jumaat
6. Pada fasa terakhir Ramadhan, 10 hari terakhir
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah (berdoalah untuk dpt mati di sana) ... Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Beliau merupakan orang yang telah beri seluruh hidupnya untuk berkhidmat bagi :
1. Urusan visa jemaah-jemaah yang ingin khuruj fi sabilillah dan pelajar madrasah
2. Safar ulamak dan masyaikh dakwah
3. Khidmat madrasah
Begitulah natijah yang Allah SWT telah tunjukkan pada kita betapa tingginya nilai khidmat dan cinta pada ulamak dan ahli agama .
Jika tidak menjadi seorang alim, jadilah orang suka pada ilmu, jika tidak jadilah orang yang cinta pada ulamak dan jika tidak janganlah jadi orang yang membenci ulamak dan ilmu .
Subhanallah !
Kematian yang sangat dicemburui !
Ya Allah pilihlah kami mati di jalan-Mu dan husnul khatimah !
- Farith Zul
FB Pondok Habib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan