Tada pengkhususan warna pakaian bagi wanita dalam Islam, sebenarnya tergantung dengan kebiasaan di negeri masing-masing. Pakaian wanita muslimah tidak selamanya hitam seperti anggapan sebagian orang. Boleh sahaja warna pakaian dan jilbab adalah putih, sebagaimana yang masyhur di sesetengah negeri.
Namun jika pakaiannya berwarna-warni, ditambah aksesori bunga, dll yang ini menimbulkan godaan dan membuat lelaki jadi tertarik, maka jelas ia tidak dibolehkan. Tetapi, kenyataannya, tidak sedikit wanita yang hanya mahu bergaya tanpa memperhatikan aturan dalam berjilbab.
Ulama' senior di Kerajaan Saudi Arabia dan anggota Hay-ah Kibaril Ulama’ ditanya, “Apakah boleh memakai jilbab yang berwarna (selain hitam)?”
Beliau hafizhahullah menjawab;
“Jika engkau maksudkan adalah memakai jilbab warna-warni yang menutupi wajah dan telapak tangan lalu menimbulkan fitnah atau godaan, maka ia jelas tidak dibolehkan.
Namun jika yang dimaksudkan adalah jilbab selain warna hitam, iaitu jilbab warna putih, hijau, merah atau selain itu dan di negeri tersebut sudah terbiasa dengan jilbab warna semacam itu, maka tidak mengapa. Kerana pakaian, kata para ulama' dikembalikan pada ‘urf, iaitu adat kebiasaan masyarakat setempat.
Dikecualikan di sini untuk pakaian yang terdapat larangan khusus seperti pakaian yang dicelup dengan ‘ushfur, za’faron atau pakaian warna merah, semua pakaian seperti itu bagi lelaki adalah terlarang. Selain pakaian seperti itu, maka dikembalikan pada ‘urf (kebiasaan masyarakat). Untuk wanita, jika warna pakaian dimaksudkan untuk berhias diri, maka ia tidak boleh. Kerana Allah Ta’ala berfirman,
ÙˆَÙ„َا ÙŠُبْدِينَ زِينَتَÙ‡ُÙ†َّ
“Janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka.” (QS. An Nur: 31). Jika warna pakaian wanita sampai menggoda yang lain, maka seperti itu pun terlarang agar tidak membawa pada kerusakan.
Pada dasarnya, mereka perlu mengambil kira maslahat. Hukum pakaian itu sekali lagi tergantung ‘urf negeri masing-masing. Boleh saja ada yang berpakaian seperti itu di suatu negeri, maka akan mengundang godaan, namun belum tentu di negeri lain. Oleh itu, lihatlah keadaan di negeri masing-masing. Jika di Perancis, tidak tergoda dengan warna pakaian semacam itu, semacam jika memakai pakaian selain warna hitam, maka tidaklah terlarang. Namun jika sampai mengundang godaan, sampai-sampai orang lain terus memperhatikan kerana menjadi pakaian yang menarik perhatian ramai, maka tidak boleh memakai pakaian semacam itu.
Sumber fatwa: Syaikh ‘Abdul Karim Al Khudair
Kredit: Ustaz Muhammad Abduh Tuasikal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan