Doa Ketika Susah!
KETIKA DIRIMU SEDANG DIUJI DAN DALAM KESUSAHAN,
BERDOALAH DENGAN DOA YANG DIBACA OLEH RASULULLAH SOLLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM.
Daripada 'Abdullah bin 'Abbas Radhiyallahu 'Anhuma, bahawa Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam membaca ketika dalam kesusahan :
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ، وَرَبُّ الْأَرْضِ، وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ.
“Tidak ada Tuhan selain Allah, Dzat yang Maha Agung lagi Maha Belas Kasih. Tidak ada tuhan selain Allah, Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang Agung. Tidak ada tuhan selain Allah, Tuhan yang Menguasai langit dan bumi, dan Tuhan yang menguasai ‘Arsy yang mulia”.
Hadith riwayat Al-Imam Al-Bukhari dan Al-Imam Muslim rahimahumallah.
Al-Imam An-Nawawi rahimahullah menyatakan di dalam Syarah Sahih Muslim:
"Hadith ini adalah sangat besar kelebihannya yang sewajarnya diambil berat oleh kita semua dan memperbanyakkan membacanya ketika berhadapan dengan kesusahan dan pelbagai perkara yang besar."
Al-Imam At-Thobari rahimahullah juga pernah menyebut di dalam kitabnya Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran:
"Golongan Salafus Soleh telah berdoa dengan doa ini dan mereka menamakan doa ini dengan nama دعاء الكرب (Doa Ketika Berada Dalam Ujian dan Kesusahan)"
"Ya Allah, wahai Tuhan 'Arasy Yang Agung, bantulah sahabat-sahabat kami yang sedang dalam kesusahan dan berhadapan dengan ujian daripada-Mu. Selamatkanlah mereka daripada segala perkara yang tidak baik."
BACALAH DOA INI, AMALKANNYA DAN SEBARKANLAH.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Sabtu, 23 Jun 2018
Doa Ketika Susah Yang Dibaca Oleh RASULULLAH SOLLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM.
Tags
# doa

About THE AUTHOR
Islam Is Great adalah sebuah website untuk semua!!! Kerana agama Islam adalah milik semua manusia di dunia ini. Bersama kita muhasabah diri.
Recommended Articles
- doa
Lafaz Niat Solat Fardu Lima WaktuMar 17, 2022
- doa
Surah Kursi Dalam Bahasa RumiMar 17, 2022
Kelebihan Atau Kekuatan Ayat Kursi Jika Sentiasa DiamalkanOrang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaima...
- doa
SURAH 3 QUL DAN PENGERTIANNYAJul 04, 2020
Dalam perawatan Islam salah satu surah mustajab ialah 3 Qul atau 3 kul rumi selain Ayat Kursi dan Ayat Seribu Dinar yang sering diamalkan dalam menj...
- doa
SATU DOA HINDARI LAPAN PENYAKITJun 04, 2020
Lapan Penyakit inilah perlu kita mohon agar dijauhkan daripada diri kita, kerana ia menjadikan kehidupan kita sentiasa dilanda masalah dan jalan yang ...
Labels:
doa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan