Ramai waris TAK TUNTUT KHAIRAT KEMATIAN sebab tak tahu dan gara-gara sikap si mati (termasuk kita yang hidup ni) tak pernah cerita join apa-apa skim pada ahli keluarga masa hidup.
Berikut disenaraikan khairat kematian yang boleh waris terdekat tuntut setelah berlaku kematian si mati.
1. Khairat Kematian Khariah Masjid
- Sekitar Rm 500 - Rm 5,000
- Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah
2. Khairat Kematian PERKESO
- RM 2,000
- Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO
3. Khairat Kematian KWSP
- RM 2,500
- Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP
4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
- RM 3,000
- Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam
5. Khairat Kematian BRIM
- RM 1,000
- Syarat: si mati adalah penerima BRIM
6. Khairat Kematian ASNB
- RM 200 - RM 2,000
- Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati
7. Khairat Kematian Skim Takaful
- RM 2,000 - RM 5,000
- Syarat: si mati pencarum takaful
8. Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi
- RM 500 - RM 5,000
- Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi
Khairat kematian ni bertujuan untuk perbelanjaan mengurus jenazah yang telah ditanggung waris si mati.
Prosedur tuntutan dia tak rumit dan mudah. Dan proses bayarannya juga cepat sesuai dengan fungsinya untuk bantuan kewangan urusan pengekebumian jenazah.
Dapat sesuatu ?
Boleh tolong sharekan post ni supaya dapat bantu waris yang ditimpa kematian ahli keluarga.
Rabu, 30 Mei 2018
TAK TUNTUT KHAIRAT KEMATIAN
Tags
# agama
About THE AUTHOR
Islam Is Great adalah sebuah website untuk semua!!! Kerana agama Islam adalah milik semua manusia di dunia ini. Bersama kita muhasabah diri.
agama
Labels:
agama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan