Copy Facebook Ustaz Amin
KISAH TUKANG KASUT.
.
Saya berjalan di Chorsu Market di Tashkent kemudian di sapa oleh seorang ustaz, seorang tukang kasut.
.
Seperti Ulama’ terdahulu, mereka bukan sahaja mendalami ilmu agama dan mengajar tetapi mereka juga terlibat dengan kemahiran sehingga ada di antara mereka menisbahkan nama dengan kemahiran mereka.
.
Seperti Syeikh Abu Bakar al-Qaffal (al-Qaffal - pakar kunci), Syeikh Bahauddin Nakhsyabandi (Nakhsyabandi - pakar kraf) Imam al-Haddad (al-Haddad - pakar besi).
.
Tetapi apa yang menyentuh hati saya adalah setiap kali pelanggan membayar upah kerja tangannya, beliau akan mengangkat tangan bersyukur kepada rezki dan mendoakan orang yang datang.
.
Ya, syukur menjadikan rezki kita bertambah-tambah (surah Ibrahim ayat 7).
.
Pernahkah kita mengangkat tangan bersyukur setiap kali menerima gaji atau upah?
.
Jika ada alhamdulillah, jika belum mulakan amalan ini untuk keberkatan rezki kita.
.
“Universiti Kehidupan, Pengajiannya Sepanjang Masa”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan