Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, HAMKA dipenjara selama dua tahun empat bulan oleh Soekarno atas beberapa tuduhan termasuk berkomplot dengan Tungku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia untuk membunuh Soekarno. HAMKA ditahan pada 12 Ramadan 1383 selepas baru selesai mengajar kaum ibu di Masjid Agung Al-Azhar, Jakarta. Beliau telah dikurung di beberapa tempat berbeza, berpindah randah.
Dalam tempoh ini, semua buku dan karya HAMKA diharamkan dan beliau juga tidak dapat memenuhi undangan ceramah dan mengajar. Ini secara langsung telah menghentikan semua sumber pendapatannya bagi menyara keluarga. Di samping HAMKA tersiksa di dalam tahanan, keluarganya juga terpaksa bergolok gadai bagi meneruskan kehidupan. Isteri HAMKA sehingga terpaksa menjual pakaian dan barang-barang perhiasan miliknya.
Setelah rejim Soekarno dijatuhkan oleh Soeharta, HAMKA dibebaskan dan beliau kembali meneruskan rutin beliau sebagai pendakwah dan guru agama seperti sebelumnya.
Setelah beberapa tahun dibebaskan, pada tanggal 16 jun 1970, tiba-tiba HAMKA dihubungi oleh seorang pegawai tertinggi tentera mewakili Presiden Soeharto. Pegawai tersebut pagi-pagi telah hadir ke rumah HAMKA membawa pesan dari keluarga Soekarno. Pesan itu adalah pesan terakhir Soekarno kepada keluarganya dan telah diperkanankan oleh Presiden Soeharto untuk dilaksanakan.
Pesan Soekrano itu berbunyi, "Bila aku mati kelak, minta kesediaan HAMKA untuk menjadi imam sholat jenazahku."
"Jadi beliau telah wafat?" tanya HAMKA.
"Iya Buya. Bapak Soekarno telah wafat di RSPAD, sekarang jenazahnya telah dibawa ke Wisma Yaso." jawab pegawai tersebut.
Tanpa berfikir panjang, HAMKA terus bergegas ke Wisma Yaso. Di sana telah ramai tokoh-tokoh besar termasuk Presiden Soeharto dan masyarakat berkumpul.
Tanpa banyak soal, HAMKA dengan mantap mengimamkan solat jenazah mantan Presiden pertama Indonesia itu walaupun diri dan keluarganya telah banyak difitnah dan dizalimi oleh Soekarno.
Tindakan HAMKA telah mendapat reaksi yang pelbagai. Ramai rakan-rakan HAMKA membantah kerana sebahagian mereka beranggapan secara langsung atau tidak langsung, Seokarno adalah seroang munafik, anti Islam dan anti Tuhan. Tidak kurang juga yang mengungkit-ungkit kezaliman Seokarno terhadap HAMKA dan keluarganya.
HAMKA menanggapi semua reaksi tersebut dengan berkata:
"Hanya Allah yang mengetahui seseorang itu munafik ataupun tidak. Yang jelas, sampai ajalnya, dia tetap seorang Muslim. Kita wajib menyelenggarakan jenazahnya dengan baik. Saya tidak pernah dendam kepada orang yang pernah menyakiti saya. Dendam itu termasuk dosa. Selama dua tahun empat bulan saya ditahan, saya merasa itu semua merupakan anugerah yang tiada terhingga dari Allah kepada saya, sehingga dapat saya menyelesaikan Kitab Tafsir Alquran 30 Juz. Bila bukan dalam tahanan, tidak mungkin ada waktu saya untuk mengerjakan dan menyelesaikan pekerjaan itu."
HAMKA menyambung lagi:
"Ada lagi jasa besar Seokarno untuk umat Islam di Indonesia. Dua buah masjid. Satu di Istana Negara yaitu Masjid Baitul Rahim, dan satunya lagi sebuah masjid yang terbesar di Asia Tenggara, yaitu Masjid Istiqlal. Mudah-mudahan jasanya dengan kedua masjid tersebut, dapat meringankan dosa Soekarno."
Begitulah contoh sikap seorang tokoh #tasawuf yang berjiwa besar.
Hari ini sebahagian orang cukup bersahaja menjenakakan orang yang memaafkan musuhnya dengan sangkaan-sangakaan mereka. Bahkan sebahagian mereka juga cukup bersahaja apabila menggelar orang-orang yang mereka benci dengan gelaran-gelaran yang cukup berbahaya seperti si fulan anti Islam, si fulan munafik dsb seolah-olah Tuhan berbicara terus kepada mereka mengesahkan hal tersebut.
Kepada Tuhan kita mohon rahmat, keampunan, perlindungannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan