Haram Menipu Pengundi  - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 7 April 2018

Haram Menipu Pengundi 

Haram Menipu Pengundi 


Penipuan sering berlaku dalam musim pilihanraya. Antaranya, mempamerkan manifesto yang bohong yang pihak yang meletakkan itu sendiri mengetahui bahawa mereka tidak mampu melaksanakannya. Demikian memberikan maklumat palsu mengenai calon yang disokong ataupun yang ditentang. Dengan maklumat yang palsu itu maka pengundi akan tertipu dan membuat keputusan yang salah. Nabi s.a.w bersabda:

مَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا، وَالْمَكْرُ وَالْخِدَاعُ فِي النَّارِ
“Sesiapa yang memperdaya kami (kaum muslimin) maka dia bukan dalam kalangan kami. Tipu daya dan tipu helah itu dalam neraka” (Riwayat al-Tabarani dan Ibn Hibban, dinilai sahih oleh al-Albani).

Dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w bersabda:

وَمَنْ أَشَارَ عَلَى أَخِيهِ بِأَمْرٍ يَعْلَمُ أَنَّ الرُّشْدَ فِي غَيْرِهِ فَقَدْ خَانَهُ
“Sesiapa yang memberikan pendapat untuk saudaranya dalam sesuatu perkara sedangkan dia tahu bahawa kebaikan itu pada perkara yang lain (pendapat lain) maka dia telah mengkhianatinya”. (Riwayat Abu Daud, dinilai sebagai hasan).

Tiada ulasan: