Copy paste FB pondok habib
Sedih kena marah lagi...ada rahmat nanti nak datang..
Semalam saya pergi presentation di sebuah syarikat orang Islam. Mereka ingin membuat program motivasi 3hari 2malam. Setiap tahun mereka buat. Ramai yang datang membuat pembentangan..
95 peratus syarikatnya pekerja Islam. Saya letakkan dalam jadual solat berjemaah dan setiap pagi kena bangun 5 pagi ada qiamulail.
Dia marah saya. Katanya ini kursus solat. Kami nak kursus komunikasi dan kepimpinan. Keluarkan dari jadual semua ini solat. Solat ini masing-masing. Panjang lebar dia bebel saya..dia kata mesti dalam jadual awak asyik celah ceramah Islam dan pasal Nabi Muhammad..tak tercapailah tujuan program. Diaorang gelakkan saya..lepas tu boss besar muka makin marah..
Saya jawab padanya. Allah sayang tuan puan boss semua. Dari malam tadi saya doa ya Allah jadikanlah hari esok ini baik buat saya. Allah ketemukan kita..saya yakin ada rahmat buat kita semua..Tuan puan boss semua, saya buat program teambuilding, kursus macam ni semenjak 2008 sampai sekarang. Dah ribu orang bukan Islam saya ceramah. Biasanya mereka ok jer. Tapi yang kurang yakin dengan Islam ialah orang Islam sendiri..saya cina tapi saya yakin dengan Islam ini. Ramai keluarga yang saya sayang tak Islam tapi saya hormat mereka. Mereka hormat saya. Mereka siapkan tempat solat dan makanan halal buat saya.
Memang inilah kerja saya buat training..
Saya boleh keluarkan jadual solat itu. Cuma solat itu takkan berpisah dari percakapan,hidup dan amalan saya. Tepi jalan pun saya ajak orang solat. Mana-mana saya pergi saya ajak orang solat. Kerana saya yakin orang jaga solat Allah akan jaga dia..sempurna solat sempurnalah kehidupan kita..
Jawab salah seorang boss tu, encik ebit sebab tu kami malas buat dengan orang melayu Islam. Setiap tahun kami buat dengan orang luar negara atau bukan Islam..
Sebenarnya bukan salah orang melayu ke. Salah Islam ke. Ini semua salah hati tuan sendiri yang tak yakin dengan amalan Islam. Tadi tuan cerita masalah di syarikat ini tak selesai-selesai dari dulu. Macam-macam berlaku tidak amanah. Walau setiap tahun buat program motivasi dari luar negara. Apa kata kita cuba buat program ini. Kita isi dalaman dengan merasai Allah maha melihat. Maha mendengar. Maha mengetahui. Sunnah dalam pekerjaan dan sunnah dalam keluarga. Sebab kita bukan robot. Kita masing-masing ada keluarga. Dengan solat dan kasih sayang keluarga bahagia. InsyaAllah tempat kerja bahagia..
Seorang boss mencelah. Terus terang saya tak percaya semua ini. Tapi saya berjaya dalam kerja saya. Saya tepati masa, kerja saya bagus. Saya capai cita-cita saya tanpa semua itu..
Saya pandangnya dan kata. Dulu keluarga saya pun begitu juga kaya dan hebat. Tapi hari paling bahagia dalam hidup kami semua. Bila keluarga kami menuju pada Allah. Jaga solat..
Dia senyap dan katanya saya pun memang ada masalah keluarga. Macam-macam jadi. Dia diam terus..
Takperlah saya dah serah proposal tadi. Saya terus terang saya terlalu gembira jumpa semua. Dan terlalu gembira jumpa ramai orang dekat sini di luar tadi. Saya datang bukan sebab nak program. Tapi saya cuma niat silaturrahim dan dakwah..
Begitulah keadaan banyak organisasi di Malaysia. Ramai orang Islam ketuanya. Tapi memang takut dengan agama sendiri. Organisasi besar-besar negara yang pemegang saham orang Islam pun semua import orang putih jadi ceo. Tahniah semua. Berjuta baik orang Islam yang buruknya kita nampak. Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada daging. Carilah kebaikan dalam diri semua orang. Dahsyatnya memandang bangsa atau agama sendiri begitu. Dulu mak ayah kita orang kampung, kita jadi orang hebat. Berhentilah pandang rendah pada bangsa atau agama sendiri. Kita anak hebat-hebat juga tapi bersalam pun tak pandai. Adab dengan orang pun tak pandai. Malam masuk club dan tak solat..Kita semua sama yang bezakan cuma takwa.
Mereka memang tak risau pekerja tak solat. Mereka belum melihat keajaiban solat. Mereka faham kerja jadi baik cuma hantar mereka melompat-lompat dan berseronok. Tak salah. Tapi salah kalau bila hati dah tak yakin dengan Al-Quran dan amalan Islam..
Mereka semua baik-baik. Dunia hari ini dan keadaan tulisan di media sosial atau kefahaman umat Islam menunjukkan betapa lemahnya saya buat dakwah. Semuanya salah saya. Ya Allah aku mengadu lemah dan dhaif ya dalam dakwah ini. Ampunkan semua dosa-dosaku-ebit lew
#ebitlew #TransformTraining #training #motivasi #teambuilding #StressManagement #Leadership #KerjaSebagaiIbadah #PengurusanDariHati #5I1MDalamKerja #6SifatOrangBerjaya #ProfesionalSunnah #Integriti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan