Kerana setiap orang ada cerita duka mereka sendiri
Cerita mereka pun tak habis-habis, apa lagi nak mendengar cerita lara kita
Usah didendang cerita rumahtangga kita
Usah dihidang cerita kita dikejar bank, cerita kereta sangkut payment dan card credit tak berbayar
Usah disebut cerita perit kita rugi dalam bisness, ditipu partner sendiri atau kawan makan kawan
Usah dirungkai cerita kita berhutang sekeliling pinggang
Usah diungkit cerita dan ujian kehidupan berkeluarga
Cukuplah kita sahaja yang merasa
Luahkan sahaja kepada Dia Yang Maha Mendengar
Bagaimana kita bangkit daripada kejatuhan?
Bagaimana kita bangun mencipta nama?
Bagaimana kita bergigih usaha sehingga warna hidup kita berubah segalanya?
Apabila kita dah naik ke menara jaya, baru sibuk orang bertanya dan nak mendengar cabaran dan ujian yang kita hadapi.
Sehingga ada yang nak tulis buku atau buat drama
*One Star Diamond*
*Master Stokis Temerloh*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan