Rezeki Bukan Semata-mata Tentang Wang Tetapi... - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 23 Januari 2018

Rezeki Bukan Semata-mata Tentang Wang Tetapi...

Rezeki Bukan Semata-mata Tentang Wang Tetapi...

Dulu  saya  fikir  solat  Dhuha dan membaca zikir itu pembuka pintu rezeki, dan dulu juga saya  fikir, Rezeki itu  berupa wang, gaji yg besar, banyak order, banyak job, urusan kerja lancar, banyak simpanan di Bank, banyak asset seperti kenderaan, properties di sana-sini, dll. Setelah mencari  apa makna Rezeki sebenar dalam Islam (sesuai yg tertera dalam  Al Quran dan  Hadis ternyata anggapan saya benar2 salah dan melencung jauh.

Ternyata.....
 Langkah kaki yg dimudahkan untuk hadir ke majlis ilmu, itu adalah  rezeki.
 Langkah kaki yg dimudahkan untuk  solat  berjemaah di masjid, adalah  rezeki.
 Hati yg Allah jaga jauh dari iri, dengki, dan kebencian, adalah  rezeki.
  Punyai  kawan2 & sahabat yang  soleh & solehah yang saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezeki.
  Saat keadaan sulit penuh keterbatasan, itu juga  rezeki. Mungkin jika dalam keadaan sebaliknya, justru membuat kita kufur, sombong, angkuh bahkan lupa diri & mudah trdorong melakukan maksiat.
  Punya orang tua yang sakit2, ternyata itu adalah  rezeki, kerana merupakan ladang amal pembuka pintu surga bila kita tulus  ikhlas menjaga & mengurus kedua orng tua kita.
 Tubuh yang  sihat, adalah  rezeki. Bahkan saat diuji dengan sakit, itu juga bentuk rezeki, kerana sakit adalah penghapus/penggugur dosa jika kita redho dan sabar.
 Dan...dan...dan mungkin ada lagi jutaan list lainnya bentuk2  rezeki yang kita tidak  sedari dan tak terfikirkan.....
Suami Istri dan anak2  sihat itu  rezki, anak-anak pelajaran nya  lancar itu  rezeki, hidup  rukun  sesama  jiran tetangga itu rezeki... Bahkan bila anda mendapat kiriman/pesanan tausiah keagamaan yg mengajak kebajikan dari Group WhatsApp itu juga  rezeki, kerana  anda mendapatkan Ilmu darinya...
Justru apa yang harus kita  berwaspada adalah ketika hidup kita berkecukupan, lebih2 lagi jika mewah, penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan,  sedangkan... masih terlalu banyak hak Allah yang belum mampu atau tidak kita tunaikan...
"Mari sebarkan kebaikan dan nikmati  Rezeki2 yg Allah amanahkan  kepada  kita"
‎ *ۚ ﻭَﻣَﺎ ٱﻟْﺤَﻴَﻮٰﺓُ ٱﻟﺪُّﻧْﻴَﺎٓ ﺇِﻻَّ ﻣَﺘَٰﻊُ ٱﻟْﻐُﺮُﻭﺭِ*
".. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Al-Hadid - 57:20)
(Dipetik daripada facebook Usrah Wanita Solehah)

Tiada ulasan: