PANDANGLAH DENGAN PERASAAN PENUH TAKZIM DAN CINTA - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 3 September 2017

PANDANGLAH DENGAN PERASAAN PENUH TAKZIM DAN CINTA

PANDANGLAH DENGAN PERASAAN PENUH TAKZIM DAN CINTA
Suatu hari Nabi Muhammad ï·º telah duduk dan masuk Abu Jahal melihat wajah Rasulullah ï·º dan berkata "Ya Muhammad. Aku tidak pernah melihat wajah yang paling hodoh seperti wajahmu. Aku tidak melihat wajah yang paling buruk seperti wajahmu wahai Muhammad."

Apa kata Rasulullah ï·º? Rasulullah ï·º tidak berkata apa-apa hanya senyum. Tidak lama kemudian masuk Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu apabila memandang wajah Nabi Muhammad ï·º. Beliau berkata "Ya Muhammad Ya Rasulullah. Aku tidak lihat wajah yang paling indah lebih daripada wajahmu wahai Rasulullah. Aku tidak lihat wajah yang paling cantik lebih dari wajahmu wahai Muhammad ï·º."

Apa kata Rasulullah ï·º ? Rasulullah ï·º senyum dan berkata "Benar wahai Umar." Kemudian bertanya sahabat Rasulullah ï·º yang duduk sekali bersama Baginda Rasulullah ï·º berasa hairan dan bertanya "Wahai Rasulullah. Ketika Abu Jahal masuk mengatakan wajahmu paling buruk dan ketika Saidina Umar masuk mengatakan wajahmu paling indah dan cantik?"

Maka Rasulullah ﷺ menjawab "Apa yang mereka nampak itu adalah mengikut hatinya. Apabila hatinya bersih dan suci Allah سبحانه وتعالى membukakan kepadanya keindahan untuk melihat wajahku."

Abu Jahal tidak dapat melihat wajah Baginda ï·º disebabkan hatinya yang kotor dan hitam. Oleh itu, dia hanya melihat Nabi Muhammad ï·º hanya kepada jasad seorang yang yatim dan miskin bukan sebagai Rasulullah ï·º manakala Saidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu'Anhu mempunyai hati yang bersih dan suci.

Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang yang beruntung. Bagaimana mungkin dia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung.Bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.

Begitulah kita semua apabila melihat wajah mereka iaitu Para Auliya', Para Ulama dan orang-orang soleh. Pandanglah mereka dengan penuh rasa takzim dan cinta. Jangan jadi seperti pandangannya Abu Jahal yang tidak melihat keindahan wajah Rasulullah ï·º.

Peliharalah adab dan akhlak kita sepertimana adab dan akhlak yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah ï·º. Sungguh bilamana melihat adab dan akhlaknya Para Ulama maka kita akan dapat melihat bagaimanakah di dalam diri mereka wujud adab dan akhlaknya Baginda Rasulullah ï·º.

Dengan kenal dan dekatnya kita dengan Para Ulama maka sedikit sebanyak kita dapat mencontohi adab dan akhlak mereka. Ikutilah nasihat mereka untuk kita mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى.

#MutiraKata[HABIB NAJMUDDIN BIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH]

#thecapal

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Tiada ulasan: