Keajaiban takdir Allah SWT. - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 26 September 2017

Keajaiban takdir Allah SWT.

Keajaiban takdir Allah SWT.
Firaun memerintahkan untuk bunuh semua anak-anak lelaki Bani Israel kerana bimbang kuasanya akan hancur.

Perintah pun dilaksanakan. Tapi muncul masalah. Kalau semua bayi lelaki dibunuh, siapa pulak yang akan menjadi hamba abdi untuk buat kerja-kerja berat di Mesir?

Keputusan diubah. Satu tahun bayi Bani Israel dibunuh dan satu tahun lagi dibiarkan hidup.

Atas kehendak Allah, Nabi Harun saudara Nabi Musa lahir di tahun bayi tidak dibunuh. selamatlah nabi Harun dari undang-undang kejam Fir'aun. Sebaliknya nabi Musa dilahirkan pada tahun bayi dibunuh.

Cuba fikir, kan senang kalau nabi Musa dilahirkan pada tahun bayi tidak dibunuh, pasti jalan ceritanya mudah. Tak perlu ibunya menghanyutkan nabi Musa ke sungai Nil.

Tapi tulah kuasa Allah SWT. Allah SWT nak tunjukkan bahawa tiada sapa pun boleh melawan takdirNya. Tiada seorang pun yang mampu menghalang takdir Allah SWT walau Firaun sekalipun yang mengaku Tuhan.

Sebagaimana yang kita tahu, nabi Musa dihanyutkan ke sungai Nil, kemudian ditemui oleh isteri Firaun dan akhirnya diasuh di dalam istananya oleh ibu kandung Nabi Musa sendiri tanpa pengetahuan Firaun.

Seolah-olah Allah berkata: "Hebat macam mana pun kekuasaan yang engkau miliki, sekejam apa pun yang engkau mampu buat namun Aku berkehendak, kehancuranmu itu engkau sendiri yang merancang dan menyiapkannya. Dan engkau tidak akan mampu mengelak darinya walau seinci".

Firaun bukan tak curiga. Dia curiga. Tapi curiga dan khuatirnya Firaun terhadap bayi yang baru ditemui isterinya itu tidak mampu untuk menolak ketentuan Allah. Dia tetap saja menjaganya, bahkan dijadikan sebagai anak angkat.

Di hujung kisah Firaun tenggelam di laut Merah kerana dia memimpin sendiri tentera untuk memburu Bani Israel yang melarikan diri dari kekejamannya. Kenapa mesti Firaun sendiri yang turun mengejar mereka? Tak cukup ke Haman dengan pasukan tenteranya saja memburu Bani Israel?

Sekali lagi Allah SWT ingin memperlihatkan kekuatan takdir yang sudah Dia tuliskan. Kebinasaan Firaun sudah ditetapkan di laut Merah, maka dia sendiri yang akan 'menyempurnakannya' di sana.

* * * * * *

Tidak ada yang perlu dibanggakan. Kekuasaan, kekayaan, pangkat, kecantikan, ketinggian ilmu, kesihatan badan dan sebagainya, amat mudah bagi Allah SWT melenyapkannya. Bahkan binasa dengan tangan kita sendiri, tanpa melalui perantara orang lain.

Semuanya harus tunduk di bawah kuasa Allah SWT yang Maha Menentukan segala sesuatu!

(Dipetik daripada facebook Zonkuliah)

Tiada ulasan: