JOM SOKONG PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ DAN ALIM - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 16 September 2017

JOM SOKONG PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ DAN ALIM

JOM SOKONG PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ DAN ALIM
1. Institusi tahfiz dan madrasah didirikan oleh mereka yang mahu melihat generasi yang lahir kelak adalah generasi alim dan penghafaz al-Quran. Tidak sepatutnya kita menuduh pengendali madrasah dan pusat tahfiz sebagai mempunyai agenda peribadi. Jika ada terbukti tuduhan itu sekalipun, janganlah menjadi seperti pepatah, ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar.’

2. Pengendali madrasah dan pusat tahfiz juga manusia macam kita. Mungkin mereka ada kekurangan dari sudut keduniaan. Yang mana kurang, sepatutnya kita bantu, bukan kita cela. Tidak ada gunanya kita mencela tanpa kita sendiri berusaha memberikan sumbangan untuk agama.

3. Para ustaz yang mengajar di tahfiz atau madrasah, mereka ini telah mengorbankan kepentingan mereka dari segi keduniaan untuk mendidik anak-anak menjadi seorang hafiz atau hafizah. Gaji mereka ada kala lebih rendah daripada lepasan SPM. Jika mereka mahu kejar dunia, mereka takkan mengajar di madrasah, tetapi mereka akan masuk program realiti di TV dan jadilah mereka ustaz yang jenis pandai sembang. Tapi, mereka sanggup mengajar di madrasah dan tahfiz dengan saguhati yang tak seberapa.

4. Ada madrasah dan pusat tahfiz yang tidak meminta pun yuran daripada ibu bapa. Bahkan, mereka mengambil pula anak-anak dari Kemboja, Vietnam, Thailand untuk dijadikan pelajar. Apa unsur keduniaan yang mereka dapat? Tak dapat apa. Yuran tak dikenakan, bahkan dijamu pula makanan yang cukup untuk anak-anak murid. Nak tuduh mereka ada kepentingan peribadi?

5. Kita keji budak madrasah dan tahfiz. Tapi, kita rebut mereka menjadi imam tarawih. Kita kutuk imam-imam masjid yang baca tak betul, kita nak imam yang sempurna, yang hafaz Quran dan baca Quran dengan elok dan merdu. Tapi, kita kutuk-kutuk madrasah dan tahfiz. Kalau takda pusat pengajian ni, camana nak lahirkan imam yang huffaz? Nak suruh anak-anak kita mengaji Quran dan hafaz Quran pakai Smule?

6. Saya akan terus menyokong institusi madrasah dan tahfiz. Mana-mana yang kurang dari segi keselamatan, kita sama-sama sempurnakan. Selepas insiden kebakaran tempoh hari, semakin ramai individu mukhlis menawarkan bantuan percuma dari aspek keselamatan kepada semua pusat tahfiz. Ini yang kita mahu. Bukan hanya pandai kutuk dan mengata.

Semoga Allah jadikan keturunan kita alim dan huffaz

[share seluas-luasnya]

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tepat sekali. Saya amat menyokong artikel ini. Semoga tuan juga mendpt ganjaran dari NNya...Amieeennn..

Tanpa Nama berkata...

Semua rakyat Malaysia/orang Islam mesti berfikiran seperti saudara. Slmt Maju Jaya...