Anak di usia kecil ini, ada 3 benda kita kena cakap hari-hari.
1. Peraturan
2. Tanggungjawab
3. Adab
A. Peraturan
Contohnya, lepas mandi sidai tuala.
Baju kotor masuk bakul.
Lepas makan, pinggan bawa ke sinki.
Lepas keluar tandas, lap kaki bagi kering.
Bangun pagi berus gigi.
Balik sekolah, sidai baju di penyidai.
Hari-hari kena ulang. Akhirnya akan menjadi tabiat yang baik.
Di antaranya, suami saya selalu susun pinggan dan lap meja lepas makan. Sampai ke kedai pun dia buat. Anak-anak perhati dan buat. Selain lebih kemas, memudahkan pekerja kedai.
Peraturan sebagai memudahkan kerja seharian dan mencantikkan aliran dalam hidup.
B. Tanggungjawab
Contohnya solat. Tanggungjawab sebagai Muslim.
Tanggungjawab sebagai anak, pastikan ibu bapa cukup lengkap keperluan.
Tanggungjawab sebagai suami, perlu isi roh Islam dan tunaikan nafkah isteri dan anak-anak.
Tanggungjawab jika tak dilaksanakan, boleh jatuh kepada dosa.
C. Adab
Contohnya sebelum makan baca doa. Selepas makan baca doa. Cakap dengan orang lebih tua dengan lembut. Lalu di belakang, sambil membongkok badan, bukan lalu di hadapan. Semasa orang tua sembang, tidak boleh menyampuk.
Makan dengan tangan kanan.
Masa makan, tak boleh banyak cakap.
Adab ni banyak. Tapi jika anak-anak tak buat, tidaklah sampai berdosa.
Tiga benda ini harus diulang setiap hari. Biar jadi roh dan isi.
🌹Bhgian dakwah jakim🌹
Tiada ulasan:
Catat Ulasan