CARA BERDAKWAH KEPADA PENDOSA - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 10 Jun 2017

CARA BERDAKWAH KEPADA PENDOSA


Pernah sekali Maulana Muhammad Yusuf Kandhalawi menceritakan usaha bapa beliau (Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi rah ) dalam memahamkan tanggungjawab dakwah kepada umat Islam.

Maulana yusuf berkata "Bapaku telah berdakwah kepada sekumpulan perompak di pinggir bandar Delhi. Setelah puas memujuk perompak tersebut, akhirnya perompak tersebut akur dengan dakwah Maulana Ilyas. Maka Maulana Ilyas telah beritahunya, 'tuan
juga bertanggungjawab dalam usaha dakwah ini.'

"Maka perompak tersebut berkata, 'seumur hidup aku, aku tidak solat, puasa, membaca al-Quran, segala perintah Allah, aku telah langgar, orang macam aku tuan suruh buat usaha dakwah.'

"Maka Maulana Ilyas menjawab, 'Ye, tuan juga bertanggungjawab dalam usaha dakwah dan diharapkan supaya dengan usaha dakwah yang tuan buat, insyallah, akan hidup kembali perintah Allah dalam diri tuan'."

Maka perompak itu bertanya lagi, "Aku tak tahu jika aku buat usaha dakwah, apa yang aku hendak cakap, aku ini jahil, pendosa lagi terhina di sisi masyarakat."

Maka Maulana Ilyas berkata lagi, "Jika begitu tuan pergi kepada ahli masyarakat di tempat tuan, tuan katalah begini, 'aku ini seorang yang jahil, aku telah habiskan masa aku dalam kejahilan, sekarang aku telah bertaubat.Tuan- tuan semua pergilah ke masjid, pelajarilah iman, pelajarilah hukum-ahkam. Jangan jadi macam aku'."

Maka si perompak itu dengan perasaan yang berkobar-kobar melakukan apa yang diajar oleh Maulana Ilyas kepadanya.

Maulana Yusuf berkata, "Sewaktu kecil aku telah lihat lelaki (perompak tadi) tidak pernah berputus-asa dari melakukan usaha dakwah. Aku lihat, beliau bersungguh- sungguh dalam melakukan dakwah sehingga setiap kali perkataan dakwah keluar dari mulutnya, pasti deraian air mata beliau akan keluar sekali di sebabkan kasihnya beliau kepada masyarakatnya."

(Rujukan Sawanih Maulana Muhammad Yusuf Kandhalawi)

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Tiada ulasan: