Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.
Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.
Rasulullah SAW. bersabda; “Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya”.
Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat.” (Riwayat Bukhari).
.
.
TUJUAN
- Solat Tarawih adalah ibadah untuk menghidupkan malam Ramadan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
- Menggunakannya untuk menghafal kembali surah al-Quran.
- Mengharapkan kerahmatan dan keampunan Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
.
.
BACAAN SURAH
- Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).
- Kebanyakan orang biasanya adalah dengan membaca surah-surah lazim:
3. Bermula malam ke 16, boleh juga dibaca mulai daripada surah al-Lail pada rakaat pertama sehingga surah al-Masad, iaitu 20 surah bagi 20 rakaat solat Tarawih.
.
.
CARA MELAKUKAN SOLAT
.
Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: “Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” (Riwayat Jamaah)
.
1. Niat:
.
2. Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih
Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Ba’diah Isyak, maka bolehlah dimulakan Solat Tarawih dengan bacaan-bacaan berikut.
.
F. Baca doa berikut selepas selesai rakaat ke 8 atau ke 20, iaitu rakaat terakhir solat Tarawih.
.
.
.
.
.
G. SOLAT SUNAT WITIR
.
A. Setelah selesai Solat Tarawih, sebelum meneruskan solat sunat Witir. Bilal akan menyeru:
Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!
.
Disambut jama’ah dengan lafaz;
Bersolatlah. Tiada Tuhan melainkanAllah.
.
.
B. Cara Melaksanalam 2 Rakaat Pertama
1. Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:
Daku solat sunat Witir dua raka’at kerana Allah Ta’ala.
.
.
2. Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
.
.
C. Selawat Selingan
.
- Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;
Ya Allah! Kurniailah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami dan pemimpin kami Muhammad SAW.
.
2, Jama’ah menyambut dengan ucapan;
.
.
D. Cara Melaksanakan Satu Rakaat Terakhir
.
- Jama’ah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
.
.
2. Pada raka’at terakhir, selepas Fatihah, dibaca 3 surah berikut;
- Al-Ikhlas,
- Al-Falaq dan
- An-Naas.
.
.
E. Berdoa Qunut
Bermula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut selepas berdiri tegak dari rukuk, iaitu belum melakukan sujud pertama.
.
.
F. Berdoa
- Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan tasbih sebelum berdoa:
.
.
2. Boleh dibaca doa-doa berikut:
.
Peringatan
*Lafaz niat di atas boleh digunakan untuk semua orang. Jika menjadi imam atau makmum, pilih salah satu perkataan tersebut dari dalam kurungan. Jika solat berseorangan perkataan di dalam kurungan tidak perlu dibaca.
*Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya.
*Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat solat sunat tarawih kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.
.
.
Boleh juga ikut panduan berikut;
.
.
Penutup
Demikianlah cara-cara menunaikan Solat Sunat Tarawih dan Sunat Witir untuk mencari keberkatan, kurniaan dan keampunan Allah pada malam-malam bulan Ramadhan yang mulia ini dan terpulanglah kepada individu memilih dan mengikuti cara yang sesuai mengikut kemampuan dan keikhlasan diri masing-masing..
والسلام
Oleh;
shafiqolbu