Islam Information

Post Top Ad

Kita Tak Nampak Nikmat Allah Berikan

Kita Tak Nampak Nikmat Allah Berikan
KITA TAK NAMPAK الله??

       Bila الله sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yg kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak الله....

      Bila الله berjayakan kita dlm akademik melalui bijaknya kita dlm pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.... Kita tak nampak الله....

     Bila الله bagi kita pekerjaan yg selesa melalui cemerlangnya kita dlm bidang yg di ceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak الله....

     Bila الله bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dalam perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak الله....

      Bila الله kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yg bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak الله....

     Bila الله keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia di sekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak الله....

      Bila الله masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.... Kita nampak hebatnya kita..
Kita tak nampak الله.....

      Bila الله bagi segala jenis nikmat yg tak pernah mintak di bayar & tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak الله ....

      Sungguh, mata hati kita masih buta & samar.. Dek keangkuhan seorang hamba @ kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Untuk melihat Maha Mencipta di sebalik kejadian dan hikmah....

    Bukan senang untuk didik diri & hati melihat الله dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari الله hidup untuk الله & baliklah kepada الله......

*Pesan Pada Hati