1- Mereka yang belajar ilmu akan melalui zaman " menggila"
2- al-maklumlah banyak perkara baru yang dia belum pernah dengar atau baca
3- Maka keadaan dia seperti orang baru kahwin
4- Dia begitu teruja mendapat maklumat baru dan unik. Yang mungkin menurut anggapannya masyarakat dunia termasuk ulamaknya terlepas pandang tentangnya
5- Maklumat itu menjadi bualannya
6- Dia siap untuk berdebat dengan siapa yang mencabar. Bahkan tidak sedikit kali juga dia sendiri bangkit mencabar debat
7- Kadang-kadang 'akal muda' itu membisikkan bahawa gurunya pun silap dalam sebahagian isu
8- Betullah pesan guru "mereka yang sedikit bacaannya banyak i'tiradhnya"
9- Banyak para asatizah yang pernah melalui fasa 'menggila' ini
10- Lama-kelamaan. Apabila makin dia bersimpuh dihadapan guru dan banyak menelaah. Tersingkaplah pekong di dadanya
11- Kadang-kadang dia tertawa sendiri mengenangkan pengalaman silam
12- Terkenangkan suatu masa dahulu dia hampir-hampir menabalkan dirinya sebagai seorang MUJTAHID.
(Dipetik daripada facebook Tok Kenali Kitab Arab)