Derma jangan tunggu kaya ! - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Jumaat, 10 Februari 2017

Derma jangan tunggu kaya !

Derma jangan tunggu kaya !
Derma jangan tunggu kaya !
Kadang-kadang dalam hidup ni Allah swt menjadikan seseorang itu kaya raya lalu jadilah dia hartawan yang dermawan..
Bagi si miskin yang tak punya harta untuk bersedeqah jangan lupa banyakkan zikir, tasbih , tahmid dan tahlil ( ucapan La Ilaha illalLah ) , selawat dan salam atas RasululLah saw , kerana itu juga adalah sebahagian dari sedeqah & amal soleh..
Kadang-kadang Allah swt mengutuskan depan rumah kita atau ofis kita anjing liar & Kucing yang jika kita beri makan & minum padanya ...
Ini juga menjadi peluang untuk kita melakukan sedeqah padanya..
Terutamanya pada zaman ekonomi tak gitu baik menyebabkan kewangan kita pun terhad..
Saya kagum dengan sebahagian usahawan kedai makan yang beri makan pada orang yang tak kemampuan secara percuma, beri makan pada burung-burung ..
Lalu tak hairanlah rezki mereka ni tak pernah putus..
Betul kata RasululLah saw dlm sebuah hadis sahih riwayat al Bukhari maksudnya: " Sesungguhnya kamu dibantu dan diberikan rezki ( oleh Allah swt dengan ) sebab adanya orang-orang yang lemah di kalangan kamu !
هَلْ تُنْصَرُونَ وَتُرْزَقُونَ إِلا بِضُعَفَائِكُمْ
» (رواه البخاري)
So, jadilah orang yang pemurah dari sekarang, bukan tunggu kaya baru nak derma..