14 KATEGORI MANUSIA TERBAIK - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 13 Februari 2017

14 KATEGORI MANUSIA TERBAIK

14 KATEGORI MANUSIA TERBAIK
14 KATEGORI MANUSIA TERBAIK
*من هم خيرُ الناس ؟*
 *Siapakah yang terbaik dari kalangan manusia?*
*الخيرية في الاسلام*:
إقرأ الأحاديث النبوية الصحيحة التالية لتدرك أن خير الناس هم :
Islam mempunyai neraca tersendiri dalam menilai orang yang terbaik dari kalangan manusia.
Renungi hadis-hadis sahih berikut untuk mengetahui siapakah orang yang terbaik dari kalangan manusia!
1⃣
١- قال رسول الله صلى الله عليه وسلم* : *"خيركم من تعلم القرآن وعلمه"*. صحيح البخاري 5027
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya”. Sahih al-Bukhari 5027
2⃣
٢- *"ان خياركم أحاسنكم أخلاقا"*. صحيح البخاري6035
“Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik akhlaknya”. Sahih al-Bukhari 6035
3⃣
٣- *"خيركم أحسنكم قضاء"*. عند رد القرض.صحيح البخاري رقم 2305
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang menunaikan hutangnya dengan cara terbaik”. Sahih al-Bukhari 2305
4⃣
*٤- "خيركم من يُرجى خيره ويُؤمٓن شره"*.صحيح الترمذي 2263 صحيح.
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang (menaburkan kebaikan sehingga manusia sentiasa)  mengharapkan kebaikannya, dan (yang menjauhi kejahatan sehingga manusia) aman dari kejahatannya.” Sahih at-Tirmizi, status sahih.

5⃣
*٥- "خيركم خيركم لأهله"*. صحيح ابن حبان 4177 صحيح
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya”. Sahih Ibn Hibban 4177 status sahih
6⃣
*٦- "...فخياركم في الجاهلية خياركم في الإسلام إذا فقهوا"*. صحيح البخاري 3374
“Orang yang terbaik dari kalangan kamu semasa jahiliah itulah yang terbaik semasa Islam apabila dia memahami Islam dengan mendalam”. Sahih al-Bukhari 3374
7⃣
*٧- "خيركم من أطعم الطعام، وردَّ السلام"*. صحيح الجامع 3318 حسن.
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang memberi makan dan menjawab salam”. Sahih al-Jami’ 3318 status hasan
8⃣
*٨- "خياركم ألينُكم مناكب في الصلاة"*. الترغيب والترهيب 234/1اسناده حسن أي: يفسح لمن يدخل في الصف.
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling lembut bahunya ketika solat.” At-Targhib wa At-Tarhib 1/234, isnadnya hasan. Paling lembut bahu bermaksud membuka ruang kepada orang lain untuk memasuk saf
9⃣
*٩- " خياركم الذين إذا رُؤوا ذُكِرَ اللهُ "*.صحيح الترغيب للألباني 2824 حسن لغيره.
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang apabila dilihat kepadanya, membuatkan (orang yang melihatnya itu) ingat kepada Allah.” Sahih at-Targhib, al-Albani 2824, status hasan lighairihi
1⃣0⃣
*١٠- "خير الناس من طال عمره وحسن عمله".*صحيح الجامع 3297صحيح.
“Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang usianya dan baik amalannya”. Sahih al-Jame’ 3297, status sahih
1⃣1⃣
*١١- "خير الناس أنفعهم للناس".*صحيح الجامع 3289حسن.
“Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanfaat kepada manusia” Sahih al-Jami’, status sahih
1⃣2⃣
*١٢- "خير الناس في الفتن رجل أخذ بعنان فرسه خلف أعداء الله ، يخيفهم ويخيفونه أو رجل معتزل في بادية يؤدي حق الله الذي عليه".*صحيح الجامع 3292صحيح.
“Sebaik-baik manusia ketika berlaku fitnah ialah orang yang memegang tali kudanya mengejar musuh-musuh Allah, dia menakutkan mereka dan mereka menakutinya. Atau orang yang beruzlah di pedalaman menunaikan hak Allah ke atasnya” Sahih al-Jami’ 3292, status hasan
1⃣3⃣
*١٣- "خير الأصحاب عند الله خيركم لصاحبه ، وخير الجيران عند الله خيركم لجاره ".* صحيح الأدب المفرد84صحيح. والسلسلة الصحيحة للألباني كذلك.
“Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah yang paling baik terhadap sahabatnya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah yang paling baik terhadap jirannya.” Sahih al-Adab al-Mufrad 84, status sahih. Dan Silsilah Sahihah, al-Albani status sahih juga
1⃣4⃣
*١٤-"خير النَّاس ذو القلب المَخْمُوم، واللِّسان الصَّادق*
*قيل: ما القلب المَخْمُوم؟*
*قال:هو التَّقي النَّقي
الذي لا إثم فيه ولا بَغْي ولا حسد،قيل: فمٓن على أَثَرِه؟
قال: الذي يَشْنَأُ الدُّنيا، ويحبُّ الآخرة.
قيل: فمن على أَثَرِه؟
قال: مؤمنٌ في خُلِقٍ حسن. صحيح الجامع 32911 صحيح
*“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memiliki hati yang makhmum dan lisan yang benar (sentiasa bercakap benar)”.*
Baginda ditanya, “Apakah maksud *hati yang makhmum?”*
Baginda s.a.w. menjawab: *“Hati yang bertaqwa lagi bersih, tidak ada dosa padanya, tidak ada kezaliman dan tidak ada hasad.”*
Baginda ditanya lagi, “Maka siapakah selepas mereka?”
Baginda menjawab: *“Orang yang tidak terpaut kepada dunia dan cintakan akhirat.”*
Baginda ditanya lagi, “Maka siapakah selepas mereka?”
Baginda menjawab: *“Mukmin yang berakhlak mulia”*. Sahih al-Jami’ 32911, status sahih.
Semoga menjadi panduan kpd kita utk menjadi manusia yg TERBAIK, TERHEBAT, TERPUJI.... 