SOLAT YANG SANGAT MENYENTUH HATI - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 2 Januari 2017

SOLAT YANG SANGAT MENYENTUH HATI

SOLAT YANG SANGAT MENYENTUH HATI
TAZKIRAH BERKAITAN SOLAT YANG SANGAT MENYENTUH HATI :

Assalamu'alaikum,

Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakan nya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.
Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu...Allahuakhbar.
Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah...Allahuakhbar.
Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT...Allahuakhbar.
Bayangkan ketika "Azan berkumandang,"  Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat denganNya ...Allahuakhbar.
Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu...Allahuakhbar
Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya...Allahuakhbar
Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku."...Allahuakhbar
Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusik mu."...Allahuakhbar
Bayangkan ketika kau memberi "Salam", Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih... Subhanallah.
Masya Allah.. sungguh nikmat solat yg kita lakukan.
Allahumma, saksikanlah......

Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa meng hambat kita dan kita pula sentiasa mengejarnya tazkirah