DUIT BERBISIK KEPADA SAYA - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Rabu, 18 Januari 2017

DUIT BERBISIK KEPADA SAYA

*DUIT BERBISIK KEPADA SAYA !*

Salam perkenalan,

Nama aku : Duit
Nama lain : Wang
Nama samaran : pitis
Org putih :  money
Org arab  : fulus

Wajahku biasa2 sahaja, fizikalku pula sangat lemah, Namun aku boleh memporak perandakan penghuni dunia ni dgn sekelip mata.

Aku juga *"BOLEH"* mengubah perilakumu dari baik menjadi jahat, bahkan sifat Manusia, kerana manusia sentiasa *mengejar* dan *mengidolakan* aku.

Banyak orang berubah *keperibadiannya* kerana aku,­­­­ Ada yang *mengkhianati* temannya, Ada yang sanggup *menjual* tubuh badannya, Bahkan ada yg sanggup meninggalkan keyakinan *imannya*, demi mengejar aku. *Hebat* kan aku ?

Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang *soleh & jahat,* Tetapi manusia menggunakan aku utk mendapatkan *darjat*, menentukan *kaya* atau *miskin* & rasa *dihormati* atau *terhina.*

Aku bukan *iblis*, tapi orang selalu melakukan perkara yg *keji* demi mengejar aku.

Aku juga bukan org *ketiga,* tapi banyak suami isteri *bercerai* gara2 mengejar aku, adik beradik *bergaduh* dan saling *membenci* kerana aku. Anak dan orang tuanya *berselisih faham* gara2 aku.

Sangat jelas aku juga bukan *Allah,* Tetapi manusia sanggup *menyembah* aku seperti Allah, bahkan kerap kali hamba2 Allah lebih *menghormati* aku,
Padahal byk ulama sudah pesan jangan jadi *hamba DUIT.*

Aku tidak pernah *mengorbankan* diriku untuk sesiapa pun, tapi ramai orang sanggup *mati* demi aku.

Suka aku ingatkan,
Aku bole ditukar utk menjadi *resit* ubat kamu, tapi aku tak mampu untuk *memanjangkan umur* kamu.

Kalau *suatu hari* nnt kamu dijemput oleh *Allah swt*, aku tak boleh *menemani* kamu. Apalagi utk menjadi *penebus* dosa2 kamu. Kamu mesti berdepan dgn Allah swt *sendirian* tanpa aku.

Saat itu, Allah pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu, *ADAKAH SELAMA HIDUP KAMU MENGGUNAKAN* aku ke jalan yang baik2, atau sebaliknya *MENJADIKAN* aku sebagai Tuhan ?

INI *AMANAT* AKHIRKU :

Aku *"TIDAK ADA DI SYURGA",*
Jadi jangan cari aku disana.

*CADANGAN* AKU :

1. Jangan terlalu *sayang* dgn aku.
2. Jangan lupa gunakan aku utk byr *Zakat, Infakkan* aku selalu, *Sedekah* aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih *"BAROKAH"* di dunia dan akhirat.

_ Imbangi Antara Pemburuan *Dunia Dan Akhirat* _

*SHARING IS CARING*

Tiada ulasan: