Ibu - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Jumaat, 9 Disember 2016

Ibu

Bila mayat ibu nak keluar rumah,
Cepat-cepat kita pegang keranda ibu..
Biar kita pikul..
Kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..
Jangan bagi org lain..
Ni ibu kita..
Dulu dia yg dukung kita..
Dia yg bawa kita dlm perut dia..
Tak kan mayat dia kita tak nak pikul?

Waktu jalan bawa mayat ibu ke kubur tu,
Ingat balik waktu ibu pegang tangan kita..
Waktu kita baru pandai jalan..
Ibu langsung tak bagi kita jatuh..
Skrg kita nak hantar ibu pegi jauh..

Sampai kat kubur,
Jangan bagi org lain sambut mayat ibu..
Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang..
Sambut mayat ibu..
Biar kita yg bukak ikatan kafan tu..
Biar kita pusingkan mayat ibu mengadap kiblat..
Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan ibu..
Dulu ibu pastikan kita tidur ada bantal..
Ada selimut... jgn sampai kena gigit nyamuk..

Ni kita last dapat tengok ibu..
Lepas ni takde dah..
Waktu ni kalau kita ada dosa dgn ibu,
Dah terlambat nak mintak ampun dah..
Biarlah kita yg uruskan mayat ibu...

Bukan org lain..
Cakap dlm hati..
"Ibu.. ni last orang dapat tengok ibu..
Ni last orang dapat pegang ibu..
Lepas ni orang tak dapat tengok ibu lagi..
Orang tak dapat pegang ibu lagi..
Orang tinggalkan ibu kat sini..
Ibu tunggu orang eh..
Sampai masa nanti,
Orang akan jumpa ibu kat sini..
Sementara ni ibu duduk kat sini..
Orang pulangkan ibu kat Tuhan..
Nanti orang doa utk ibu..
Orang hantar sedekah utk ibu..
Ibu jangan risau..
Orang janji dgn ibu.."

Dengar bebetul talkin utk ibu kita tu..
Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dpt dengar..
Balik je dari kubur ibu,
Cepat-cepat doa utk ibu..

"Ya ALLaH..
Aku redha Kau ambik ibu aku..
Kau ampunkanlah dosa-dosa ibu aku..
Dulu dia lahirkan aku..
Dia didik aku..
Dia sayang aku,

Ya ALLaH..
Kau sayangilah dia pula...
Kau terimalah amal ibadat ibu..
Kau luaskanlah kuburnya..
Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH..
Kau haramkan api neraka buat ibu aku...
Ya ALLaH..
Jadikan ibu aku hamba Mu yg mulia.."

Pastu, ingat balik semua jasa ibu..
Ingat balik apa nasihat ibu..
Ingat semua pesan ibu..
Ibu suruh jaga adik beradik..
Jangan gaduh..
Kesian kat ibu..
Dia tak senang kat sana,
Bila anak-anak dia bermusuh..
Ibu cuma boleh menangis je dari jauh..

Kita yg tinggal ni,
Jangan lupa kat ibu..
Hantar pahala utk ibu kat sana..
Kesian kat ibu..
Kalau kita yg mati, ibu tak berhenti doakan kita..
Sebab ibu sayang anak-anak dia..
Takkan kita anak zalim sgt dgn ibu?
Takkan kita ingat je tapi takde buat pape?
Tu ibu kita..
Satu-satunya ibu kita..
Bukan org lain...

Sesiapa nak share, silakan share..
Meleleh2 air mata...


Tiada ulasan: