Soal Jawab Agama Ustaz Azhar Idrus - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Rabu, 16 November 2016

Soal Jawab Agama Ustaz Azhar Idrus

islam
Soal Jawab Agama Ustaz Azhar Idrus


Soalan : Ustaz, semalam saya was2 saya semayang isyak ke tidak..tak ingat starang..guane ni ustaz?

Ust : kena buat semula..

Soalan : Assalamualaikum ustaz, dalam solat sunat perlu tak kita baca doa iftitah?

Ust : Wsalam..sunat baca..

Soalan : kalau isteri nak online facebook,wajib minta izin suami tak?

Ust : jika suami tak suruh dan tak melarang,harus dengan syarat menjaga pantang larang dan hukum agama..

Soalan : betul ke kena ambik wuduk balik apabila 3 kali was2 dalam solat?

Ust : tak betul, teruskan solat,takbir dan niat..

Soalan : kalau perempuan potong rambut pendek sangat2 dan agak menyerupai lelaki,tetapi dia sentiasa berhijab,tak pernah tunjuk rambut kat orang..dan hanya ahli keluarga tengok dan kemungkinan tak datangkan fitnah langsung, apakah hukumnya?

Ust : jika menyerupai lelaki pendeknya, tetap haram sebagaimana haram tok imam berbaju kebaya sekalipun dipakai dalam rumah sahaja..

Soalan : apa maksud di sebalik ayat "bila ayah tak membahagiakan anak perempuannya, si ayah berdosa"

Ust : wsalam..yang betulnya seorang ayah wajib jaga anak perempuannya hingga mematuhi perintah agama..

Soalan : ustaz, apa hukum kita buat kolam kat rumah tapi kita buat juga patung macam katak atau bangau sebagai perhiasan kolam tu?

Ust : jika hanya perhiasan kolam..ada pendapat mengatakan makruh dan ada mengatakan haram..

Soalan : Ustaz, saya nak tanya soalan..kalau kita pergi haji melalui tabung haji tapi kita guna orang lain punya giliran disebabkan ada kenal dengan orang dalam apakah hukumnya? Sehingga ada orang yang sepatutnya pergi tak jadi pergi hingga dia meninggal dunia..

Ust : haram kerana ada padanya perbuatan mengambil hak orang lain tanpa sedar..

Soalan : Assalamualaikum ustaz, apa hukum kalau di masjid dilaungkan azan menggunakan kaset? Maksudnya rakaman suara azan..tok bilal tak azan pun.

Ust : Wsalam..tidak terlepas fardhu kifayah menurut setengah pendapat Ulamak..

Soalan : adakah semua perbuatan yang hukumnya harus dikatakan syubhah?

Ust : harus tidak bermaksud syubhah..syubhah ialah yang tak dapat dipastikan halal atau haram..

Soalan : Ustaz, apa hukum kalau buat persembahan silat macam pecahkan atap genting pakai tangan? Kadang2 ketuk kat kepala sampai pecah genting tu..dan lompat atas kaca?

Ust : harus jika mahir dan tidak cederakan diri..

Tiada ulasan: