Setiap hari kita mengeluh disebabkan kesesakan kewangan tetapi kerap kita lupa untuk memohon padaNya agar memberi kita rezeki pada kita.
Dan adakalanya pernah tak terjadi pada anda, apabila anda mengalami kewangan yang teruk tiba-tiba kau mendapat rezeki yang tidak diduga.
Seperti tiba-tiba kau mendapat uang melalui bonus yang tinggi. Padahal kau fikirkan kau punya bonus tak cukup untuk bayar hutang tetapi sebaliknya kau mendapat lebihan bonus.
Tiba-tiba ada orang beri kau uang sebab hutang lama atau lebihan uang yang kau laburkan ada bakinya.
Subahanaallah....besarnya kuasa Allah ini. Dan kita sering melupakannya
Kita ingat bila kita susah, masa senanga kadang-kadang kau sembahyang. Itupun mak atau bini kau marah. Ahhh...betapa jauhnya kita dengan pencipta kita.
Aku menulis di artikel ini sebab aku mengalami masalah uang tetapi ada ajer uang yang diberi untuk aku melangsungkan perbelanjaan harian ini.
Aku pelik..hairan....kenapa aku diberikan peluang sebegini. Dalam hati ini sudah beberapa hari terdetik betapa Allah tunjukkan kuasanya dalam memberi rezeki yang aku tak terjangka...
Percayalah...saudaraku.Allah sentiasa membantumu.. ingat padaNya pasti habuan milikmu.
Ya...dugaan Allah berikan pada kita kadangkala perit tapi setiap dugaan ada hikmahnya..
Dalam kehidupan ini tidak semua manis..ada pahitnya. Itulah perjalanan yang disusun oleh Allah untuk kita.
Ahad, 6 November 2016
Home
Unlabelled
Rezeki Itu Kerja Allah
Rezeki Itu Kerja Allah
About THE AUTHOR
Islam Is Great adalah sebuah website untuk semua!!! Kerana agama Islam adalah milik semua manusia di dunia ini. Bersama kita muhasabah diri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan