Mengumpat - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Rabu, 16 November 2016

Mengumpat

islam
Islam is great
~ *MENGUMPAT*

Antara perkara yg tidak diendahkan dan menjadi satu kebiasaan tatkala ia menjadi perkara yg agak sukar untuk dihindarkan di dalam masyarakat kita samada yg bekerja atau suri rumah adalah *MENGUMPAT*.

Memang seronok duduk berduaan atau berkumpul lalu menceritakan keburukan orang yg lain, dan kebanyakkanya menceritakan keburukan@mencaci maki suami@isteri sendiri. Orang lain mendapat kelebihan@kesenangan juga tidak terlepas untuk diumpat.

Di dalam berseronok bercerita panjang dan tak puas2 nak cerita2 hal keburukan orang lain tanpa kita menyedari bahawa Nabi s.a.w ada memberi *AMARAN* bahawa di akhirat nanti akan ada orang yang dia membawa amalan yg sangat banyak, solat sunatnya tip top, puasanya tip top, qurannya tip top, zikirnya tip top *TAPI* dia akan terkejut apabila setelah ditimbang kesemua amalan2nya itu dan diperlihatkan bahawa nilainya adalah *ZERO* tatkala ia menjadi *MUFLIS* dengan kekayaan amal yg telah dia berpenatan usaha melakukannya sewaktu di dunia disebabkan amalan2 itu telah berpindah kepada orang yg diumpat.

Maka kerana itu kita perlu *HADAM SUNGGUH2* bahawa meskipun kita bertaubat atas dosa mengumpat, walaupun dosa itu tetap diampunkan *NAMUN* ia tidak akan mengembalikan semula amalan2 kita yg telah berpindah kpd orang lain itu. Justeru takutlah dengan dosa yang amat merugikan ini ambil lah alternatif untuk berlepas diri serta menjauhkan dari berkawan dengan orang2 yg bermasalah ini.

*KALAU KITA ADA TERLIBAT DUDUK DGN ORANG SEBEGINI STOPLAH SERTA MERTA , BERANILAH UTK TEGURLAH MEREKA YG SUKA MENGUMPAT UTK KEBAIKANNYA ATAU SEBARKAN INFO2 BERKENAAN BAHAYANYA DOSA MENGUMPAT KEPADANYA.*

Sila *share dan copypaste* ke dalam whatsapp group anda kerana fenomena mengumpat ini telah menular di kalangan masyarakat kita tanpa mereka menyedari bahawa ia ada sesuatu yg amat merugikan amal.

~ *ISTIQOMAH ZIKIR PAGI, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISYIGHFAR.*

~# *UMRJ*

Tiada ulasan: