*TIGA JENIS KAWAN KATA IMAM AL-GHAZALI*
✅Kawan yang Pertama:
Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak boleh diperolehi.
✅Kawan kedua:
Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat yang kita sampaikan kepada dia. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.
✅Kawan yang ketiga:
Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan. Dia reject ilmu dan nasihat yang kita bagi.
Imam Al- Ghazali kata jangan berkawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia.
Dan takut-takut kita terikut cara dan tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kemudaratan.
*Justeru, marilah kita mencari sahabat yang dikatakan oleh Imam Al-Ghazali itu, InShaAllah kita akan selamat...*
# Copy Paste dari Wall Utz Shahrul Hisham
Selasa, 25 Oktober 2016
TIGA JENIS KAWAN KATA IMAM AL-GHAZALI
Tags
# agama
About THE AUTHOR
Islam Is Great adalah sebuah website untuk semua!!! Kerana agama Islam adalah milik semua manusia di dunia ini. Bersama kita muhasabah diri.
agama
Labels:
agama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan