Islam Information

Post Top Ad

Post Top Ad

Apakah itu sombong?

Apakah itu sombong?
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ
‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda:

" لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ " .
Tidak akan masuk ke dalam syurga sesiapa yang di dalam hatinya ada seberat zarah daripada sifat sombong.

قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً .
Seorang sahabat bertanya: Sesungguhnya ada orang suka memakai pakaian dan kasut yang elok.

قَالَ " إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah itu cantik dan menyukai kecantikan.

الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ " .
Sombong itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia. [Sahih Muslim, Kitab al-Iman, hadis no: 164]


Tiada ulasan: