HIKMAHNYA SAKIT.
Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:
❤Sakit itu ZIKRULLAH. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.
❤Sakit itu ISTIGHFAR. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.
❤Sakit itu juga MUHASABAH. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.
❤Sakit itu JIHAD. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.
❤Sakit itu ILMU. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.
❤Sakit itu juga NASIHAT. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.
❤Sakit itu SILATURRAHIM. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.
❤Sakit itu gugur DOSA. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.
❤Sakit itu MUSTAJAB Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.
❤Sakit itu menyusahkan SYAITAN. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.
❤Sakit itu sedikit TERTAWA dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.
❤Sakit meningkatkan kualiti IBADAH. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.
❤Sakit itu memperbaiki
AKHLAK. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.
❤Sakit mengingatkan kita akan MATI.
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.
Jumaat, 30 September 2016
Hikmahnya Sakit

About THE AUTHOR
Islam Is Great adalah sebuah website untuk semua!!! Kerana agama Islam adalah milik semua manusia di dunia ini. Bersama kita muhasabah diri.
Recommended Articles
- agama
Menyaksikan Penyembelihan KorbanMay 31, 2023
Menyaksikan Penyembelihan Korbanعَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَا فَاطِمَ...
- agama
Upah Penyembelih dan Petugas KorbanMay 30, 2023
عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا...
- agama
embelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari RayaMay 28, 2023
Sembelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari Rayaعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَس...
- agama
Hari Arafah Diampunkan Dosa dan Waktu Doa MustajabMay 27, 2023
Hari Arafah Diampunkan Dosa dan Waktu Doa Mustajabعَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan