Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 22 Mac 2021

PERTARUNGAN MAUT ITU BERADA DI ANTARA USIA 60 HINGGA 70 TAHUN.

7:56:00 PG 0
PERTARUNGAN MAUT ITU BERADA DI ANTARA USIA 60 HINGGA 70 TAHUN.
Prof Dr Noraiza Che Awang -
*PERTARUNGAN MAUT ITU BERADA DI ANTARA USIA 60 HINGGA 70 TAHUN.*
                     
Tidak ramai orang yang hidup hingga mencapai usia 60 tahun. Jika kita mencapainya maka waspadalah, kerana inilah ketika yang menentukan akhir perjalanan seorang manusia.

Pengakhiran yang baik (Husnul Khatimah) atau penghujung yang buruk (Su'ul Khatimah).

Allah SWT juga mengingatkan hamba-Nya yang mencapai usia 60 tahun sebagaimana tersirat dalam firman-Nya dalam Al-Fathir ayat 35 -  37.

"Dan mereka menjerit di dalam neraka itu, "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan, yang berlainan dengan yang telah kami kerjakan dahulu."

(Dikatakan kepada mereka), "Bukankah Kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berfikir bagi orang yang mahu berfikir, padahal telah datang kepadamu seseorang pemberi peringatan? Rasakan (azab Kami), dan bagi orang² zalim tidak ada seorang penolong pun."                                                 
Sahabat Sayyidina Ali ra, Ibnu Abbas ra dan Abu Hurairah ra menjelaskan firman Allah swt di atas (yang ertinya) :

"Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir," bahawa ertinya sampai mencapai usia 60 tahun.

Sedangkan yang dimaksudkan 'pemberi peringatan' dalam ayat di atas menurut ulamak adalah adanya uban di kepala dan 'Pemberi Peringatan' iaitu Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah saw juga menguatkan ayat di atas (yg ertinya) :
"Allah swt memberi uzur kepada seseorang yang diakhirkan ajalnya, hingga sampai usia 60 tahun."
- HR Bukhari no. 6419.

Ibnu Hajar rah mengatakan : "Makna hadis" bahawa uzur dan alasan sudah tidak ada, misalnya ada orang yang mengatakan, "Andai usia saya dipanjangkan, saya akan melakukan apa yang diperintahkan kepada saya".

Dengan usia yang mencapai 60 tahun, tidak ada yang layak untuk dia lakukan selain istighfar, ibadah keta'atan dan tumpuan untuk akhirat.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa usia umatnya adalah antara 60~70 tahun.

Sedikit yang berjaya melepasinya."
- HR Tirmidzi dan Ibnu Majah.

Dan, "Pertarungan maut itu berada  di antara usia 60 hingga 70 tahun."
- HR Bukhari.

Imam Fudhail bin Iyadh (Ulama Besar zaman Tabi' Tabiin)  memberikan tausiah ;
"Sesiapa yang meyakini  perjumpaan dengan Yang Maha Mencipta, dia harus sedar bahawa dia akan ditanya. Dan siapa yang yakin perkara ini, dia harus menyiapkan jawapannya".

"Bagaimana jalan keluarnya?"

"Caranya mudah!"

Imam Fudhail  menjelaskan tentang  teori bertaubat: 

"Beribadah dan beramal solehlah di sisa usiamu, kerana Allah SWT sangat menyayangi hamba-Nya yang mahu menghabiskan sisa usianya untuk lebih mendekat kepada-Nya, Insya Allah.

Allah SWT akan mengampunkan dosa² yang telah lalu dan memberikan keselamatan serta kebahagiaan di dunia, di kubur hingga di akhirat.

Ketika kita sudah berumur 50 tahun atau apalagi sudah mencapai 60 tahun atau lebih, biasakan berdo'a memohon perlindungan dari tiada daya upaya, malas, fitnah dan dijauhkan dari  siksa kubur :

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah & malas, penakut & tua.  Aku berlindung kepada-Mu dari fitnah hidup & mati, aku juga berlindung dari siksa kubur".

Jangan merasa aneh, inilah kehidupan.  Hakikatnya tak ada yang memberimu manfaat selain solatmu. 

Alam itu  aneh ???, 
Jenazah disusul dengan jenazah. Kematian disusul dengan kematian berikutnya.

Berita tentang kematian terus kedengaran.

*Ada yang mati kerana;*
- Kemalangan.
- Pelbagai penyakit.
- Sakit tua.
- Mati mengejut.
- Mati dalam tidur.
- Nyawa dicabut ketika buat amal seperti sedang solat (sedang sujud)
- Sedang beri ceramah agama atau beri khutbah.
- Sedang bersukan spt main bola dll.

Pendekata seribu cara kematian yang sepatutnya memberi keinsafan kpd kita.

Kita akan berhenti mendengar berita kematian bila kita sendiri yang mati.

Hariku kita pasti akan tiba,  persiapkanlah bekal untuk perjalanan yang tiada kembali.

Wahai orang yang menunda taubat dengan alasan kerana masih muda, kubur bukanlah untuk orang tua saja, kubur adalah tempat manusia semua usia.

Sungguh dunia ini hanya tiga (3) hari :

*Kelmarin:*
Kita hidup dan tidak akan kembali ke kelmarin lagi.

*Hari ini 😗*
Kita masih mampu menarik nafas tapi cuma 24 jam sebelum menjelang esuk.

*Esok:*
Kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi meskipun telah di rancang. Minta2 tak mati lagi.

Kita makan semalam untuk hidup hari ini. Kita makan hari ini harap2 hidup esok.

Semalam dan hari ini kita masih mendapat khabar ada kematian melalui pelbagai media cetak dan elektronik, esuk pasti ada lagi berita kematian. Esok atau lusa mungkin kita tidak dengar lagi berita kematian...

Saya mengingatkan diri saya dan sahabat maya, bersedekahlah, berbuatlah amalan baik ikut cara Sunnah Baginda Rasulullah SAW kerana kita akan pergi meninggalkan dunia ini untuk selamanya.

Ya Allah kami memohon keredhaannmu  Husnul Khatimah dan beruntung dengan mendapat syurga dan selamat dari api neraka.

Sesiapa yang hidup dalam suatu kebiasaan dan kegemaran, dia akan mati dalam kebiasaan dan kegemarannya itu.

Sesiapa yang mati dalam suatu keadaan dia akan dibangkitkan dalam keadaan itu.

Jika sahabat sudah baca tulisan ini, sahabat sudah dapat pahalanya, namun bila sahabat sebarkan dan orang lain mendapakan manfaat juga, akan dilipat gandakan pahalanya.

*KITA CUMA MAMPU BERPESAN-PESAN ANTARA SATU SAMA LAIN.*

Wallahu a'lam bissawab.

Khamis, 25 Februari 2021

Kenali pencipta vaksin Pfizer-BioNTech, pasangan suami isteri Muslim dari Turki.

11:26:00 PTG 0
Kenali pencipta vaksin Pfizer-BioNTech, pasangan suami isteri Muslim dari Turki.

Kenali pencipta vaksin Pfizer-BioNTech, pasangan suami isteri Muslim dari Turki. 

Rezeki tak pernah salah alamat. 

Vaksin Pfizer-BioNTech adalah antara yang mendapat permintaan paling tinggi di dunia, mendahului vaksin-vaksin yang dihasilkan oleh China dan Rusia. 

Syarikat BioNTech yang berpengkalan di Mainz, Jerman itu diasaskan oleh Dr. Ugur Sahin, 55, dan isterinya, Dr. Ozlem Turci, 53, pasangan suami isteri berbangsa Turki dan beragama Islam. 

Kedua mereka datang daripada keluarga Turki yang telah berpindah ke Jerman untuk memulakan kehidupan baru. 

Ibubapa Dr. Sahin telah berpindah ke Cologne, Jerman ketika Dr. Sahin berusia 4 tahun. Beliau membesar dengan cita-cita menjadi doktor dan telah mendapat ijazah kepakaran khidmat terapi imuniti kepada pesakit barah. 

Isterinya, Dr. Turci pada usia muda ingin mendalami agama tetapi akhirnya menjadi doktor, mengikuti jejak kerjaya ayahnya. 

Syarikat mereka memberi perhatian khusus kepada pemerkasaan dan pemulihan imuniti ke atas pesakit barah dan penyakit berjangkit. Mereka mempunyai 1,800 pekerja dan telah menjalankan pelbagai jenis penemuan dalam rawatan imuniti manusia. 

Kelebihan kepakaran bidang ini telah membawa fahaman yang mendalam berkenaan imuniti manusia, benteng utama dan penentu kemampuan melawan virus dan penyakit di dalam badan. 

Pfizer telah membuat pelaburan besar ke dalam syarikat BioNTech, termasuk kemudahan ujikaji dan pengkomersilan. 

“Alfred Bourla sebagai Ketua Pfizer berasal dari Yunani, manakala saya berasal dari Turki. Ia merupakan suatu yang amat peribadi kepada saya.” kata Dr. Sahin, tanpa terlalu mengulas hubungan tegang antara Turki dan Yunani. 

“Namun, Bourla seorang yang sentiasa mengusahakan terbaik untuk memastikan kerjasama kita berjaya, sebelum pandemik ini tercetus sekalipun.” tambah Dr. Sahin yang menjelaskan kerjasama dua syarikat itu pada awalnya adalah untuk menghasilkan vaksin untuk penyakit berjangkit pada 2017. 

“Pasangan BioNTech itu amat berdedikasi dalam kerja mereka. Mereka tak terlalu memberi perhatian kepada keuntungan dan amat berpegang kepada prinsip. Saya percayakan mereka 100%.” kata Bourla ketika diminta mengulas berkenaan hubungan antara Pfizer dan BioNTech. 

Kebetulan, pada tahun 2018, Dr. Sahin telah membuat kenyataan yang kajian mereka akan mampu menghasilkan vaksin untuk manusia sihat dalam masa yang singkat. 

Pada Januari 2020, Dr. Sahin mula mendapat khabar berita berkenaan virus Covid19 dan telah memulakan kajian terperinci. Seawal bulan Mac, syarikat mereka telah berjaya memulakan ujian makmal dan juga ujian fizikal. 

Hasil ujian telah membuktikan lebih 93% keberkesanan vaksin ke atas virus Covid19 dan sekaligus mendapat permintaan seluruh dunia. 

“Ia mungkin menjadi permulaan kepada pengakhiran era Covid19.” kata Dr Sahin dalam temuramah baru-baru ini. 

Mereka merupakan pasangan saintis berjaya dan berstatus bilionaire sebelum virus Covid19 muncul lagi. 

Kini, pencapaian mereka menjadi kebanggaan penduduk Jerman yang menganggap penemuan mereka satu kejayaan besar buat negara Eropah itu. 

Malaysia dijadualkan memulakan agihan vaksin Pfizer-BioNTech di Malaysia seawal bulan Mac 2021. 

Malaysia turut menempah vaksin daripada beberapa negara lain termasuk China dan Rusia. 

Follow OK media untuk info terkini. 

#RakyatJagaRakyat #mediaorangkita

Jom join group OK info Orang Kita untuk perbincangan isu semasa:

https://www.facebook.com/groups/2800334073578200/?ref=share

Jumaat, 12 Februari 2021

SCRUB FACE MUSLIM - MILK PUDDING EXFOLIATOR

1:07:00 PTG 0
SCRUB FACE MUSLIM - MILK PUDDING EXFOLIATOR

ADAKAH ANDA MENGHADAPI MASALAH SEPERTI DIATAS

MILK PUDDING EXFOLIATOR berkesan menanggalkan whitehead, black head, sel kulit mati dan mengatasi masalah kulit kusam dengan lembut dan pantas. 



Lihat bagaimana Anju puas hati dengan MERVABLY MILK PUDDING EXFOLIATOR  kami menyelesaikan masalah white head dengan sekali penggunaan



MILK PUDDING EXFOLIATER




FEEDBACK DARI PELANGGAN KAMI
"100% PASTI BERKESAN"

MILK PUDDING EXFOLIATER

 “Kulit terasa amat licin dan bersih setelah menggunakan MILK PUDDING EXFOLIATOR ini.”
Atikah



TAWARAN KAMI

MILK PUDDING EXFOLIATOR

MILK PUDDING EXFOLIATOR


JIKA SIS BELI DOUBLE COMBO 
FREE POSTAGE BERNILAI RM8 
FREE GIFT BERNILAI RM20 
MILK PUDDING EXFOLIATOR
MILK PUDDING EXFOLIATOR


MANA SATU PILIHAN HATI SIS?
MANA-MANA PUN OK, YANG PENTING MASALAH SELESAI. BETUL TAK?

Sedia untuk Selesaikan Masalah whitehead & Kulit Kusam?
Selesaikan masalah kulit yang membelengu anda sekarang! Bertindak segera, jangan menternak whitehead dan sel kulit mati berlama-lama!
Berikan keserian pada wajah anda dengan segera

Jika sis perlukan maklumat tambahan boleh what apps kami di no ini: 0166463887

ADA KKM TAK?
Ada!
Kesemua produk MERVABLY adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
No Pendaftaran : NOT 191103050K

BERAPA LAMA BOLEH NAMPAK KESAN?
Kesan boleh dilihat seawal 1 kali pengunaan.
Seawal pengunaan pertama, whitehead akan kelihatan berkurang dengan ketara. Selepas 3 minggu kulit akan kelihatan lebih cerah dan sihat.


 ISIPADU DAN TEMPOH PENGUNAAN PRODUK?
Milk Pudding Exfoliator : 50ml
(1-3 Bulan)

BOLEH CAMPUR DENGAN PRODUK LAIN?
 Boleh!
Anda boleh mengunakan produk mervably dengan mana mana produk penjagaan kulit kegemaran anda



MILK PUDDING EXFOLIATOR
We are registred company under SSM:
Company Name: HALIZIQ GLOBAL

Company code: 202003120798(PG0495271-P)
Sebuah syarikat bumiputra